firefoxMozilla Firefox telah mencapai versi 50. Dilancarkan pada 2002 Firefox telah menghadapi persaingan yang sukar pada awalnya daripada Internet Explorer dan kemudiannya Google Chrome tetapi ianya terus menjadi pelayar web popular dengan userbase yang setia.

Jika dilihat secara kasar versi 50 bukanlah naiktaraf besar-besaran dan jika kemas kini automatik diaktifkan kita tidak akan perasan perubahan yang berlaku. Antara perubahan yang dibawakan pada versi ini adalah:

  • Video main semula tanpa sokongan WebM EME untuk Widevine pada Windows dan Mac
  • Prestasi yang lebih baik untuk sambungan SDK atau sambungan menggunakan loader modul SDK
  • Perlindungan muat turun untuk sebilangan besar jenis fail yang boleh dijalankan pada Windows, Mac dan Linux
  • Peningkatan ketersediaan WebGL kepada lebih daripada 98 peratus daripada pengguna pada Windows 7 dan yang lebih baru
  • Pilihan untuk Cari dalam halaman yang membolehkan pengguna untuk mengehadkan carian untuk perkataan penuh
  • Maklumat untuk pintasan papan kekunci
  • Emoji terbina dalam

Firefox 50 boleh didapati pada Windows, MacOS, Linux dan Android.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.