Fedora 13 atau nama kodnya Goddard baru sahaja dikeluarkan. Bagi peminat Fedora, ini mestinya dinantikan.

Sebelum ini saya telah bawakan OpenSuSE 11.2 dan Ubuntu 10.04, kini tiba giliran Fedora. Dari segi antaramuka tidaklah banyak beza dengan Ubuntu kerana menggunakan GNOME. Jadi sesiapa yang sudah biasa dengan Ubuntu sepatutnya tidak merasa janggal dengan antaramukanya. Cuma sedikit perbezaan adalah dari segi pemasangan perisiannya sahaja kerana Ubuntu berdasarkan debian manakala Fedora menggunakan Redhat Package Management(RPM).

Pengguna Desktop pastinya mendapat sedikit manfaat daripada kemaskini terbaru ini. Antaranya adalah seperti;

  • Pemasangan pemacu pencetak automatik
  • Pemasangan pek bahasa automatik
  • Pembaharuan NetworkManager
  • Pemacu sumber terbuka nouveau untuk kad grafik NVidia
  • Shotwell menggantikan F-Spot dan Gthumb
  • Pino untuk twitter
  • Perisian backup Deja Dup yang boleh bersambung dengan Amazon S3 serta
  • Rhythmbox menyokong iPod dan iPhone

Proses boot- proses boot Fedora tak semenarik OpenSuSE atau Ubuntu, cuma ada bar berwarna biru dengan teks “Fedora 13” dibahagian hujung. Bagi yang suka tengok proses dibelakang tabir ketika proses boot, boleh hidupkan verbose mode.

Bagi pelajar IT, tak rugi cuba Fedora kerana dalam bidang pekerjaan nanti anda pasti bertemu dengan pelbagai Linux distro yang setiap satunya mempunyai feel yang berbeza. Bila dah ada pengalaman, tak janggal nak sentuh sesuatu Linux box meskipun distro berlainan kerana asasnya msih sama, cuma feel yang berbeza.

6 thoughts on “Fedora 13: Pandangan pertama”
    1. Betui tu. Budak IT patut cuba banyak distro. Baru le tak terkejut bile sentuh Linux box bila kerja nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.