Apabila Apple melancarkan iPhone baru mereka awal minggu ini mereka mengumumkan beberapa spesifikasi untuk kedua-dua telefon bimbit tetapi mengabaikan maklumat bateri telefon pintar.
FCC menyatakan iPhone 5S mempunyai bateri 5.96Whr(Watt-jam) menghasilkan kira-kira 3.8V dengan satu bateri 1570mAh.
iPhone 5C pula menggunakan 5.73Whr dengan 1507mAH kuasa bateri. Sebagai perbandingan iPhone 5 memakai 5.45Whr bateri dengan 1440mAH kuasa dengan voltan 3.8V.
Pra-pesanan untuk iPhone 5C bermula pada hari Jumaat 13 September dengan penghantaran pada 20 September. iPhone 5C boleh didapati dalam putih, kuning, biru, hijau dan merah jambu, ia juga akan datang dengan pilihan 6 casing berwarna terang boleh didapati pada kos tambahan.