
UFO dah rajin melawat Malaysia. Terbaru di Larkin, beberapa objek terbang dipercayai UFO berlegar-legar diruang udara. Ianya disahkan lagi sebagai objek tidak dikenali kerana radar tidak dapat mengesan kehadiran objek tersebut.
Sementara itu, Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Mustafa Din Subari, berkata pihaknya sedia meninjau lokasi objek bercahaya itu dilihat tetapi setakat ini tiada kajian khusus dibuat mengenai kewujudan UFO di negara ini.
“Kita juga tidak mempunyai unit khas untuk mengkajinya. Kita cuma membuat tinjauan apabila ada laporan diterima. “Biasanya, jika objek berkenaan mendatang kesan negatif kepada penduduk seperti radiasi, kita akan turun padang untuk menemubual saksi dan mengkaji objek terbabit,” katanya
Beliau berkata, laporan mengenai kewujudan UFO juga pernah dilaporkan di beberapa tempat di negara ini, tetapi kesahihannya tidak dapat dipastikan kerana kekurangan bukti atau saksi.
“UFO yang dilihat itu juga mungkin cahaya lampu limpah berkuasa tinggi yang dipancarkan ke langit dari kawasan hiburan atau tanglung yang dilepas ke udara,” katanya.
Sumber Berita harian.
gile ah
giler sensasi
kat melake die taknak turun ke?
haha
Apa yg best kat Larkin menyebabkan dia buat lawatan sosial ye…
wahhhhh betul ke ni eh ?
cool gak la jb neh kan. hehe 🙂
KNizam’s last blog post..Berita Terkini – Malaysia Bertemu India Di Perlawanan Akhir Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2009 !
JB ni kira bandar pesat membangun gak sebab dekat dengan Singapore. Tapi betul ke UFO atau just sekadar belon udara. Cuma orang yang betul2 nampak kat situ je boleh bagitau betul ke tak ataupun sengaja di sensasikan.
ishh…takutnya….mungkin silap landing ni…biasanya ufo ni gi kat negara orang putih je… =)
Hehe… tak perlu takut la Blinkky. Belum ada lagi org Malaysia kena culik alien.
crt len??