Nokia bakal mengeluarkan 2 telefon bimbit terbaru mereka iaitu Nokia E6 dan Nokia X7.

Nokia E6 adalah model telefon bimbit QWERTY dan juga menyokong skrin sesentuh. Telefon ini disasarkan kepada golongan profesional. Hanya 3 warna boleh dipilih iaitu hitam, perak dan putih. Memori dalaman telefon ini adalah 8GB tetapi boleh dinaik taraf kepada 32GB. Nokia E6 mampu merakam video format H.264 720p selama 4.7jam. Ianya turut dilengkapi dengan kamera 8MP disamping kamera depan VGA untuk panggilan video.

Bagi Nokia X7 pula lebih berorientasikan hiburan dengan skrin besar 4 inci. Dengan skrin sesentuh AMOLED lebih jelas amat sesuai untuk menonton video definisi tinggi 16:9 nHD. Memori dalaman adalah 350MB serta 8GB MicroSD turut diberikan. Telefon bimbit ini dikuasakan oleh Symbian Anna dan menyokong Flash Lite 4.0. Kamera telefon adalah 8MP dengan zoom digital 2X bagi imej pegun serta zoom digital 3X bagi video.

Kedua-dua bakal berada dipasaran eropah dalam beberapa hari lagi tetapi masih tiada maklumat bila akan berada di pasaran Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.