Chrome dan Firefox terbaru akan beri amaran sambungan http tidak selamat

Kemaskini terbaru Chrome v56 dan Firefox v51 akan memberikan amaran tentang sambungan http tidak selamat bagi laman web yang terdedah kepada penggodam. https berguna apabila maklumat sensitif seperti password, maklumat kad kredit, no id peribadi dan sebagainya dimasukkan pada laman web tidak dapat ditafsirkan oleh penggodam jika menggunakan https.

Chrome juga akan menunjukkan kunci hijau dengan perkataan ‘Secure’ apabila laman web tersebut selamat untuk berkongsi maklumat peribadi. Apabila laman tidak selamat dilawati ianya akan memaparkan ikon ‘Not Secure’.

Bagi yang lebih paranoid boleh guna perisian seperti ‘KeyScrambler‘.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.