Home » Uncategorized

Cerita tamat

16 May 2012 No Comment

Cerita tamat kat sini bukanlah cerita aku meskipun cerita akupun nak tamat jugak. House MD bakal melabuhkan tirai penutup pada episod 22. Ini merupakan musim terakhir drama House yang berkisar tentang perubatan. Ianya juga dikatakan sebagai episod terakhir drama bersiri House.

Bagi aku aku dah menonton kesemua siri dari musim pertama sehingga musim kelapan. Tak ada satu episod pun tertinggal.

Perangai Dr House yang biasanya selalu menyindir dan kadangkala kenakan orang selalu membuatkan aku berfikir tentang falsafah jalan cerita House yang banyak berkisar tentang penyiasatan Sherlock Holmes yang diolah supaya menjadi penyiasatan penyakit misteri. Semua penyakit misteri dapat diselesaikan oleh House dengan bantuan pasukan perubatan yang mantap. Dr Wilson selalu menjadi mangsa House, tapi dalam eposod-episod terakhir ni Dr Wilson dikesan mengidap barah.

Banyak benda yang berlaku sejak 6 tahun kebelakangan ni. Aku selesa dengan tempat kerja sekarang dan rasanya nak bertukar kerja mungkin lambat lagi. Masa aku mula kerja ditempat sekarang aku adalah antara staff terawal. Jadi sekarang aku dah dekat level management juga la.

Cuma tahun ini tahun kesedihan. Tak perlu diceritakan sebab terlalu peribadi.

Apa yang aku nak berlaku pada masa akan datang adalah aku nak mulakan cerita baru. Dengan azam dan matlamat baru. Tidaklah mungkin hendak macam ni saja.

Bunga ros bewarna merah,
Bunga tudung bewarna kelabu,
Luka ditangan nampak berdarah,
Luka dihati siapa tahu.



Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.