Home » Uncategorized

Betul ke Petronas jumpa telaga minyak terbesar di dunia?

21 March 2010 5 Comments

Siapa selalu lawat malaysiakini tentu ada terbaca tentang berita ni. Dikatakan bahawa Petronas telah menjumpai telaga minyak terbesar di dunia tetapi tidak didedahkan.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut berkenaan perkara itu.

Adakah ianya di Malaysia? Adakah ianya di tempat yang amat kontroversi sekarang ini iaitu Kelantan? Tiada siapa tahu. Petronas saja tahu.

Masa depat Petronas amat cerah jika betul perkara ini.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah ‘menemui satu lapangan minyak yang sangat besar,
kemungkinan yang terbesar di dunia’.

Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut.

“Saya diberitahu…tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar… yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

“Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia.

“Saya tidak boleh dedah (lokasi)…saya tidak boleh beri tahu anda,” katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk, “Conversations on the Constitution and Oil Royalty — A Constitutional Right?” anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber malaysiakini.



5 Comments »

  • mrdzy said:

    ye ke? fuh! kalau betul,lagi banyak la malaysia dapat tekanan pasti ni. lagi banyak nikmat dapat,lagi banyak dugaan yang akan datang~
    .-= mrdzy´s last blog ..Winner of "Guess Me Who Contest" =-.

  • admin (author) said:

    Harap duit minyak tu dapat kepada orang yang sepatutunya.

  • ery said:

    Alhamdulillah…
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

  • Amy said:

    Alhamdulillah…
    .-= ery´s last blog ..Tin Kosong Dapat Award?? =-.

  • stalker said:

    KALO DAPAT,APE BEZA??…RAKYAT TETAP MISKIN..
    KITE NEGARA PENGELUAR MINYAK,TP KENAPA MAHAL MINYAK KITA??
    APE GUNA SUME NI?…. ARAB MINYAK LG MURAH..
    YG MISKIN TERUS MISKIN YANG KAYA MAKIN KAYA..HOOREEYY 1 MALAYSIA.

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.