Home » Uncategorized

Apple iPad dilancarkan secara rasmi

4 April 2010 6 Comments

iPad adalah gadget terbaru dari Apple yang baru dilancarkan semalam.

Bagi peminat Apple tentu ingin sangat memiliki gadget ini. iPad bolehlah dikatakan sebagai multimedia netbook yang mempunyai ciri-ciri iPod tetapi lebih berkuasa dari segi pemprosesan dan kebolehan produktiviti yang lebih luas.

Sudah semestinya iPad merupakan sebuah peranti skrin sesentuh kerana apa sahaja yang dibangunkan Apple seboleh-bolehnya untuk mendahului pesaing dari segi teknologi.

Beberapa aplikasi untuk iPad telahpun kelihatan dalam iTunes Store, meskipun begitu pilihannya masih lagi terhad.

Antara aplikasi yang ditunggu peminat adalah seperti permainan contohnya permainan yang baru sahaja diberikan ulasan oleh Gizmodo iaitu Command & Conquer: Red Alert for iPad

Command and Conquer melalui iPad

Command and Conquer melalui iPad

Dengan harga $499, belum tentu lagi boleh dapat bawah RM2000 kalau dibawa ke Malaysia. Kadar tukaran untuk RM adalah lebih kurang RM1620.



6 Comments »

  • denaihati said:

    Bertambahlah masa kita gunakan untuk main game online ni.
    .-= denaihati´s last blog ..Google Page Rank Update : Denaihati.com PR4 =-.

  • admin (author) said:

    iPad potensi dia memang banyak. Dah dah jadi macam trendsetter pun. Memang level yang disetkan oleh Apple untuk barisan produk mereka memang tinggi.

  • imran said:

    Apple ni dah jadi kira macam peneraju teknologi touch screen. Bermula dengan iphone. Lepas tu berlambak pulak produk dari china yang tiru. huhu
    .-= imran´s last blog ..Pondok Warisan di IKIM.fm =-.

  • admin (author) said:

    Apple memang peneraju dalam inovasi. Kalau dulu touch screen macam biasa-biasa je. Tapi bila datang je iPhone, semuanya berubah.

  • zik said:

    warrghh bestnya siap boleh main game CC.. kat ipad nie.. tapi dia punya feel tak berapa la kot… tak pe janji bole main game.. ngeh2..
    .-= zik´s last blog ..Negeri 9 menjulang piala FA Malaysia! =-.

  • admin (author) said:

    Taktau le feel dia macam mana, tapi memang menarik pun kalau leh main sentuh2 ni. Hehe…

Leave your response!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.