Selepas beberapa gambar bocor yang keluar berkenaan iPhone 6 yang bakal keluar dalam bulan ini ada ura-ura versi kedua iPhone 6 adalah iPhone 6 Air. Gambar terbaru adalah daripada pengeluar aksesori iPhone iaitu LUXA2 yang menunjukkan casing kulit elit khas untuk iPhone 6.
Gambar kedua pula menunjukkan model iPhone 6 Air yang mempunyai dimensi berbeza daripada iPhone 6.
Apakah keluaran terbaru Apple ini akan menaikkan pegangan peranti iPhone dalam pasaran sama-samalah kita tunggu.