Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal keputusan kerajaan memberi lesen pertaruhan perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010.

“Abim menilai keputusan ini seakan tidak menghiraukan sensitiviti di kalangan masyarakat Islam di negara ini oleh pihak berkenaan serta dampak sosial yang diakibatkan dari keputusan tersebut,” kata timbalan presiden Abim, Amidi Abdul Manan.

Abim, tambahnya, berpendirian bahawa keputusan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan itu langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah.

Sebaliknya, tegas Amidi, ia hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan negatif ke atas masyarakat dan negara.

“Abim dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

“Pihak Abim akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber Malaysiakini.

Sepatutnya diharamkan, pada pandangan aku kalau dihalalkan tentu benda ni dicukai. Pendapatan daripada hasil cukai tu dimana dibelanjakan? Contohnya macam barang seludup, mana ada cukai dapat dikenakan.

8 thoughts on “ABIM bantah lesen pertaruhan piala dunia”
  1. apa la nak jadi dgn Malaysia ni eh?
    lepas satu hal timbul lak hal lain…

    takkan la tak terfikir dek akal yg cerdik (kalau tak cerdik tak jadi pemimpin)
    sampai yang haram nak di’halal’kn?

    dlm hidup ni senang je. ABCDEFG kalau dah disebut betul akan jadi betul.
    kalau sebut tunggang langgang abih la.

    Undang-undang untuk dipatuhi lebih-lebih lagi hukum Islam.
    Kalau dah pemimpin sendiri tak patuh dengan hukum/undang-undang
    macamana nak rakyat pulak ikut?

    alang-alang komen biar terpanjang sikit.. haha

    pemimpin adalah tertakluk pada yang dipimpin.
    sebagai wakil untuk kesejahteraan hidup di dunia.
    pemimpin bukan dewa atau apa sekalipun sampai tak buleh ditegur.
    pemimpin itu manusia biasa yg sentiasa buat salah, bertindak cuma sebagai wakil.
    inilah jadinya bila pemimpin anggap diri sendiri terlalu istimewa. terlalu hebat.
    pemimpin Islam wajib untuk menegakkan syiar Islam.
    bukan mengheret org lain ke arah jalan yang salah…

    *komen tidak langsung berbau politik kepartian. komen ini utk semua insan biasa yang diangkat untuk memimpin sementara manusia masih belum kiamat.

    terima kasih.

    1. Tula beb. Aku pun tak setuju dek kerana hasil cukai tu nanti dimana di belanjakan. Itu aje. Banyak tu tax tu.

      Just my 2 cent.

  2. hmm…apa dah jadi sekarang? nak kaut untung pun guna cara lain lah..banyak lagi cara kan?
    .-= MC´s last blog ..Gilanya Aku Terhadap DOTA serta kaitannya dengan Setan. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.