Sekarang ni laman sosial dah dijadikan laman hater kepada artis-artis tertentu ataupun ahli politik. Ada juga yang menggunakan laman sosial untuk orang biasa juga seperti baru-baru ini kecoh berkenaan dengan komen perempuan Sarawak terutamanya Facebook.
Tapi tempias Facebook memang kuat sehinggakan boleh mencecah ribuan pengikut jika sesuatu kempen yang dijalankan menepati kehendak pengguna. Dan biasanya artis paling teruk terkena. Terbaru, ada pihak tertentu mengumpul pengguna untuk akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.
“Sekurang-kurangnya saya tahu masih ramai yang mahu tahu mengenai saya,†kata Fasha Sandha ketika mengulas tindakan pihak tertentu mengumpul pengguna akaun ‘I Hate Fasha Sandha’ (Saya benci Fasha Sandha) di laman sosial, Facebook.
Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
“Saya diberitahu, tidak semua melemparkan komen di Facebook itu memburukkan saya tetapi ada yang memberi nasihat atau komen positif mengenai saya.
“Saya yakin tindakan itu tidak akan melunturkan minat orang kepada saya kerana buktinya saya tersenarai juga dalam top 5 untuk Anugerah Bintang Popular yang bakal diadakan tidak lama lagi,†katanya kepada Metro Ahad.
Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.
Sumber Metro.
shian fasha.
l0lly p0m xminat die tapi xsampai hati nak jadi fans tu.
ngeee. sebab l0lly bayangkan kalaulah ada 0rang wat page HATE kita lak. apa yg kita rase. uhuks.
Cian Fasha kan. Tak buat salah pun. Kenapa ada orang benci dia.
Biar lah org nak ckp janji x bt dah lah.Bt yg terbaik:-)
Apakah salah beliau??
uhuhuh
.-= ery´s last blog ..Markus, Gigolo Berlesen =-.
Tak taula pe salah beliau kan
ooo..mcm tuu..
xske gak fasha..hurmm
.-= maestro´s last blog ..Cadangan untuk HANDPHONE terbaik? =-.
Yeke tak suke. Sebab apa ye.
keburukan je la orang nampak ye….hehe
.-= Taufik SM´s last blog ..Alex Ferguson Diktator Old Trafford! =-.
Biasa la tu. Kalau kita sendiri pun orang nampak keburukan je. Tu yang selalu dicanang2.
kesian kat dia… tapi, aku pn xkenal dia.. lantak la..hehehe
.-= ery´s last blog ..Pringles Berstatus Halal =-.
Aku kenal Fasha ni, tapi malangnya dia tak kenal aku. hehehe
x baik mengutuk org,cermin diri dulu sblm nak kutuk org..
tiada manusia yg ingin mengakui kesilapan diri sendiri walhal kebenaran telah terbukti
manusia mmg mcam tuh… terutama yg x reti2 sedar