July 18, 2010

Linux OpenSUSE 11.3

Distro Linux ni baru saja dikeluarkan beberapa hari lepas. Aku dah mencubanya dan didapati banyak peningkatan dari versi 11.2. Ada beberapa ciri juga dipertingkatkan. Distro ini juga dilengkapi dengan SpiderOak iaitu online backup percuma yang boleh synchronize fail di Internet.

OpenSUSE 11.3 juga memberikan sokongan kepada netbook serta pengenalan terhadap fail sistem baru iaitu Btrfs juga sokongan terhadap komputer tablet dan komputer berskrin sesentuh seperti HP TouchSmart.

Versi ini juga turut datang dengan GNOME Shell. Untuk maklumat lebih terperinci boleh merujuk kepada link ini. http://wiki.opensuse.org/Product_highlights

May 29, 2010

Fedora 13: Pandangan pertama

Fedora 13 atau nama kodnya Goddard baru sahaja dikeluarkan. Bagi peminat Fedora, ini mestinya dinantikan.

Sebelum ini saya telah bawakan OpenSuSE 11.2 dan Ubuntu 10.04, kini tiba giliran Fedora. Dari segi antaramuka tidaklah banyak beza dengan Ubuntu kerana menggunakan GNOME. Jadi sesiapa yang sudah biasa dengan Ubuntu sepatutnya tidak merasa janggal dengan antaramukanya. Cuma sedikit perbezaan adalah dari segi pemasangan perisiannya sahaja kerana Ubuntu berdasarkan debian manakala Fedora menggunakan Redhat Package Management(RPM).

Pengguna Desktop pastinya mendapat sedikit manfaat daripada kemaskini terbaru ini. Antaranya adalah seperti;

  • Pemasangan pemacu pencetak automatik
  • Pemasangan pek bahasa automatik
  • Pembaharuan NetworkManager
  • Pemacu sumber terbuka nouveau untuk kad grafik NVidia
  • Shotwell menggantikan F-Spot dan Gthumb
  • Pino untuk twitter
  • Perisian backup Deja Dup yang boleh bersambung dengan Amazon S3 serta
  • Rhythmbox menyokong iPod dan iPhone

Proses boot- proses boot Fedora tak semenarik OpenSuSE atau Ubuntu, cuma ada bar berwarna biru dengan teks “Fedora 13″ dibahagian hujung. Bagi yang suka tengok proses dibelakang tabir ketika proses boot, boleh hidupkan verbose mode.

Bagi pelajar IT, tak rugi cuba Fedora kerana dalam bidang pekerjaan nanti anda pasti bertemu dengan pelbagai Linux distro yang setiap satunya mempunyai feel yang berbeza. Bila dah ada pengalaman, tak janggal nak sentuh sesuatu Linux box meskipun distro berlainan kerana asasnya msih sama, cuma feel yang berbeza.

November 13, 2009

OpenSUSE 11.2 dilancarkan secara rasmi hari ini

opensuseProjek OpenSUSE merupakan projek sumber terbuka yang ditaja oleh Novell hari ini mengumumkan bahawa OpenSUSE 11.2 sudah tersedia untuk dimuat turun melalui laman web rasmi OpenSUSE. OpenSUSE adalah sistem operasi yang selamat dan stabil serta mencakupi semua perisian yang diperlukan untuk dipasang kepada komputer desktop atau komputer pelayan. OpenSUSE merupakan asas bagi SUSE Linux Enterprise daripada Novell.

Apa yang baru dengan OpenSUSE 11.2?

OpenSUSE 11.2 bukan sahaja sesuai untuk pengguna berpengalaman, malah juga sesuai untuk pengguna baru kerana beberapa ciri-ciri sebelum ini telah dipertingkatkan. Ianya juga turut memuatkan versi kemaskini beberapa perisian penting seperti Firefox, OpenOffice, GNOME, KDE serta lebih 1000 aplikasi sumber terbuka untuk desktop. OpenSUSE 11.2 juga turut dilengkapkan dengan perisian pelayan, juga tidak ketinggalan perkakasan untuk pembangunan perisian seperti bahasa pengaturcaraan.

Beberapa ciri penting dalam OpenSUSE 11.2.

  • KDE 4.3, kemaskini terbesar untuk platform KDE, sokongan rangkaian diperbaiki dan integrasi lebih baik dengan Firefox dan OpenOffice.
  • GNOME 2.28, dengan keluaran terbaru dari GNOME menampilkan barisan tema baru, memperbaiki perisian untuk kemaskini, penambahbaikan pada webcam serta aplikasi video, dan fungsi baru untuk menyokong GNOME 3.0
  • OpenOffice 3.1, perisian pejabat ini adalah serasi dengan perisian Microsoft Office,.
  • Penambahan pada KDE dan GNOME microblogging untuk jaringan sosial seperti Gwibber dan Choqok.
  • Sokongan untuk enkripsi data bagi seluruh cakera keras serta sokongan terhadap EXT4 dan btrfs.
  • Versi YaST melalui web browser iaitu WebYaST. Memudahkan pengkonfigurasian sistem OpenSUSE dari jarak jauh.
  • Kebolehan untuk memasang GNOME atau KDE live media dari USB, banyak pembaharuan dilakukan untuk menjadikan proses menaiktaraf lebih baik misalnya, pengguna 11.1 boleh terus menaiktaraf sistem kepada OpenSUSE 11.2.

Secara peribadinya saya sudah pakai SuSE lama, sejak dari SuSE 7.0 dan menjadi distro utama saya pasang dalam PC atau laptop.