March 21, 2010

Maybank2u phishing report, cepat betul bertindak-syabas

Aku buat report kat Maybank2u dan dengan pantasnya web tu dah ti tag sebagai phishing email oleh google. Jadi sapa yang guna firefox tentu dah kena blok dari akses ke laman web tu dengan warning.

Malangnya ciri macam ni tak ada pada Internet Explorer.  Bahaya betul bagi yang bukan IT literat menggunakan IE. Username dan password akaun Maybank2u boleh jatuh ketangan orang lain.

Carian kesini:

November 15, 2009

OpenSuSE 11.2: Pandangan pertama

opensuse logo_smSelepas OpenSuSE keluar aje, aku dah download distro ni untuk dicuba. Malangnya ada masalah untuk memasangnya ketika itu akibat pemeriksaan MD5 yang tak lepas ketika pemasangan. Setelah dibuat MD5 checksum pada iso, memang didapati MD5 checksum tidak sama. Berkemungkinan data rosak semasa memuat turunnya.

Sekali lagi aku download OpenSuSE tersebut, kali ini menggunakan talian pejabat pula. Setelah selesai, aku terus membuat MD5 checksum dan tiada masalah. Nanti aku buat manual ringkas bagaimana nak periksa MD5 checksum.

Berbalik kepada OpenSuSE, pemasangannya adalah tidaklah sesukar mana. Lebih kurang sahaja dengan pemasangan yang lain, cuma kalau dibandingkan dengan Ubuntu, OpenSuSE terdapat lebih banyak langkah pemasangan.

Perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan adalah seperti pemilihan partition. Biasanya aku akan buat 3 partition sahaja iaitu “/boot”,”swap”, dan “/”. Sejak aku mula pasang Linux, partition /boot tidak pernah aku tinggalkan kerana aku jarang pasang bootloader pada MBR.

OpenSuSE adalah sedikit berbeza daripada Ubuntu, bukan sekadar pepohon direktory yang berbeza, konfigurasi juga ada sedikit perbezaan. Seperti sedia maklum, Ubuntu adalah berdasarkan Debian, manakala OpenSuSE tidak banyak berubah dari versi asalnya iaitu SuSE. SuSE bukanlah sesuatu yang asing bagi aku sebab aku dah menggunakannya sejak versi 6.0 lagi.

Sesuatu yang masih tidak berubah dari dulu adalah Yast iaitu utiliti yang menyerupai control panel dalam Windows. Dalam versi ini, Yast telah dikemaskini dengan pengenalan WebYast. WebYast digunakan untuk konfigurasi sistem OpenSuSE dari jarak jauh melalui browser.

Semasa pemasangan, ada pilihan untuk memasang perisian lain dalam DVD, kita cuma perlu memilihnya, kita boleh memasang perisian pengaturcaraan, perisian pelayan, perisian Virtualization seperti XEN dan sebagainya. Pendek kata, tanpa internet, kita terus boleh memasang perisian yang diperlukan untuk desktop atau pelayan.

Kesimpulannya, OpenSuSE adalah satu distro Linux yang perlu dicuba oleh penggemar Linux terutamanya bagi pelajar IT, tak perlu terikat dengan satu distro sahaja kerana realitinya apabila menempuh bidang pekerjaan, kita mungkin akan menyelenggara sistem yang menggunakan Centos, Redhat, FreeBSD dan sebagainya.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemulaan prosess apabila DVD dimasukkan.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Pemilihan lokasi untuk Zon masa.

Proses pemasangan bermula.

Proses pemasangan bermula.

Melihat pemasangan terperinci.

Melihat pemasangan terperinci.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Paparan apabila selesai pemasangan.

Browsing internet menggunakan Firefox.

Browsing internet menggunakan Firefox.

November 13, 2009

OpenSUSE 11.2 dilancarkan secara rasmi hari ini

opensuseProjek OpenSUSE merupakan projek sumber terbuka yang ditaja oleh Novell hari ini mengumumkan bahawa OpenSUSE 11.2 sudah tersedia untuk dimuat turun melalui laman web rasmi OpenSUSE. OpenSUSE adalah sistem operasi yang selamat dan stabil serta mencakupi semua perisian yang diperlukan untuk dipasang kepada komputer desktop atau komputer pelayan. OpenSUSE merupakan asas bagi SUSE Linux Enterprise daripada Novell.

Apa yang baru dengan OpenSUSE 11.2?

OpenSUSE 11.2 bukan sahaja sesuai untuk pengguna berpengalaman, malah juga sesuai untuk pengguna baru kerana beberapa ciri-ciri sebelum ini telah dipertingkatkan. Ianya juga turut memuatkan versi kemaskini beberapa perisian penting seperti Firefox, OpenOffice, GNOME, KDE serta lebih 1000 aplikasi sumber terbuka untuk desktop. OpenSUSE 11.2 juga turut dilengkapkan dengan perisian pelayan, juga tidak ketinggalan perkakasan untuk pembangunan perisian seperti bahasa pengaturcaraan.

Beberapa ciri penting dalam OpenSUSE 11.2.

  • KDE 4.3, kemaskini terbesar untuk platform KDE, sokongan rangkaian diperbaiki dan integrasi lebih baik dengan Firefox dan OpenOffice.
  • GNOME 2.28, dengan keluaran terbaru dari GNOME menampilkan barisan tema baru, memperbaiki perisian untuk kemaskini, penambahbaikan pada webcam serta aplikasi video, dan fungsi baru untuk menyokong GNOME 3.0
  • OpenOffice 3.1, perisian pejabat ini adalah serasi dengan perisian Microsoft Office,.
  • Penambahan pada KDE dan GNOME microblogging untuk jaringan sosial seperti Gwibber dan Choqok.
  • Sokongan untuk enkripsi data bagi seluruh cakera keras serta sokongan terhadap EXT4 dan btrfs.
  • Versi YaST melalui web browser iaitu WebYaST. Memudahkan pengkonfigurasian sistem OpenSUSE dari jarak jauh.
  • Kebolehan untuk memasang GNOME atau KDE live media dari USB, banyak pembaharuan dilakukan untuk menjadikan proses menaiktaraf lebih baik misalnya, pengguna 11.1 boleh terus menaiktaraf sistem kepada OpenSUSE 11.2.

Secara peribadinya saya sudah pakai SuSE lama, sejak dari SuSE 7.0 dan menjadi distro utama saya pasang dalam PC atau laptop.

September 28, 2009

KeyScrambler-elak keylogger melalui firefox

Mungkin korang pernah baca berkenaan gumblar attack yang aku telah highlight kan sebelum ni.  Setelah buat bacaan lanjut dan tercari-cari cara yang paling selamat untuk mengatasi masalah ni, aku telah terjumpa satu perisian security yang bagus untuk menangani ancaman hackers keylogger ni. Aku gunakan KeyScrambler daripada QFX Software.

Yang bagusnya, perisian ini ada plugins untuk firefox.

Apa perisian ni buat? Perisian ni akan encrypt setiap apa yang ditaip pada firefox.

keyscrambler

Plugins tu boleh dapat kat sini : https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3383

Carian kesini: