January 10, 2012

CES(Consumer Electronics Show) 2012

CES yang pertama telah diadakan pada bulan Jun 1967 di New York City. Ia berasal dari Music Show Chicago, yang kemudiannya bertukar menjadi acara utama untuk mempamerkan barangan elektronik pengguna. Acara itu telah menarik 17,500 hadirin dan lebih 100 peserta pameran. CES diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Januari dan Jun.

Sejak 1998, formatnya ditukar kepada sekali setahun dengan Las Vegas sebagai venue utama. Dengan setiap event pastinya akan menonjolkan teknologi baru dalam perkomputeran atau elektronik misalnya pada 2004 teknologi yang ditonjolkan adalah Blue-ray yang boleh menyokong 128GB kapasiti 4 lapisan cakera Blue-ray.

Pada tahun lepas, CES banyak memaparkan tentang tablet dan juga telefon pintar yang dikuasakan Android Honeycomb. Pada acara ini turut diperkenalkan teknologi 3D TV daripada pengeluar 3D TV seperti Mitsubishi, Toshiba, Samsung dan juga LG.

Pameran CES  2012 kali ini akan diadakan dari Selasa, 10 Januari hingga Jumaat, 13 Januari. Microsoft mengeluarkan satu kenyataan rasmi yang mengatakan bahawa CES 2012 akan menjadi penampilan terakhir Microsoft pada majlis itu.

Carian kesini:

December 22, 2011

Intel bakal perkenal telefon pintar android tahun depan

Intel dikatakan bakal memperkenal telefon pintar berasaskan Android pada tahun depan. Pengenalan terhadap peranti tersebut akan dilakukan pada acara CES Januari nanti.

Telefon pintar itu dikatakan akan menggunakan pemproses berasaskan Medfield.

Nampaknya Intel tidak berkahwin dengan Windows kali ini.

 

Carian kesini:

June 14, 2011

Tablet Thrive dikuasakan Honeycomb dari Toshiba

Toshiba telah memperkenalkan tablet baru dikenali sebagai Thrive. Ianya dikuasakan oleh Android Honeycomb 3.1  memberikan cara yang  lebih baik melayari web, membaca e-book serta menonton video HD disamping bermain game atau juga mendengar muzik. Ianya lengkap, selasa dan sesuai untuk setiap orang dengan paparan 10.1 inci skrin LED multi-sentuhan.

Dengan dwi-teras 1GHz NVIDIA Tegra 2, pastinya tablet ini pantas untuk apa sahaja aplikasi yang dijalankan dalam tablet ini.

Ciri-ciri:

  • Android 3.1 Honeycomb
  • Skrin resolusi tinggi 10.1 LED
  • Kamera webcam depan belakang
  • Penutup belakang boleh ganti
  • USB, USB mini, HDMI dan sokongan kad SD

Carian kesini:

March 20, 2011

Samsung Galaxy S 2

Samsung Galaxy S dikatakan telefon bimbit pintar yang terlaris dari Samsung. Dengan itu Samsung telah mengeluarkan siri kedua telefon bimbit pintar tersebut dan sekarang ini boleh didapati di pasaran Malaysia. Daripada Galaxy S yang asal, telefon bimbit ini berskrin lebih besar tetapi masih mengekalkan resolusi skrin yang sama. Ianya dikuasakan oleh 1GHz pemproses dual Exynos dengan 1GB RAM dan sistem operasi Android Gingerbread 2.3.

Anggaran harga bagi pasaran Malaysia adalah sekitar RM2350-RM2500.

Carian kesini: