Kanak-kanak 8 tahun cipta plastik lutsinar elak kematian burung

Charlie Sobcov dengan ciptaan mudah tapi mengkagumkan bagi kanak-kanak berumur 8 tahun
Charlie Sobcov dengan ciptaan mudah tapi mengkagumkan bagi kanak-kanak berumur 8 tahun

Seorang kanak-kanak dari Ottawa bernama Sobcov telah mencipta plastik lutsinar bagi mengelakkan kematian burung kerana berlanggar dengan tingkap. Ianya dicipta bagi projek sains sekolah dimana kanak-kanak itu meletakkan plastik ditengah-tengah tingkap bagi memberi amaran kepada burung.

“Plastik ini dicat dengan warna yang hanya boleh dilihat oleh burung tetapi manusia tidak dapat melihatnya”, beliau berkata kepada radio CBC. “Ianya adalah seperti meletakkan tanda berhenti pada tingkap”.

Warna plastik adalah ultraunggu diluar daripada jangkauan mata kasar manusia. Ianya bermaksud berhenti kepada burung tetapi manusia tidak dapat melihatnya.

Bacaan lanjut…

Bagaimana pula dengan kanak-kanak 8 tahun Malaysia?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.