Model penganti Waja iaitu Inspira dilancarkan secara rasmi hari ini oleh Proton.� Jika dilihat secara kasar, model ini tiada banyak perbezaan daripada Lancer yang asal, cuma dengan pengubahsuaian yang minimum.
Tiga varian model boleh didapati iaitu Proton Inspira 1.8 M/T, Proton Inspira 1.8 CVT, Proton Inspira 2.0 CVT, masing-masing dengan harga RM78,999, RM84,999, dan RM91,999. Terdapat 4 warna yang boleh dipilih iaitu Plum Red, Solid White, Genetic Silver dan Tranquility Black.
Untuk maklumat lanjut, bolehlah melawat laman web rasmi Inspira tetapi loading agak perlahan kerana kesesakan trafik.