Nampak gaya Motorola cuba nak menyerlah dengan Droid. Kali ini dengan pengenalan Motorola Droid 2 R2-D2. Kalau ikutkan telefon bimbit ni tak akan masuk pasaran Malaysia pun. Tetapi kalau di US, ianya bakal dipasarkan pada September dengan Verizon Wireless kerana telefon bimbit ini adalah keluaran khas sempena cerita Star Wars. Hanya keluaran terhad sahaja dan hanya boleh dibeli secara online. Peminat Malaysia terpaksa gigit jari le.
Telefon ini adalah berdasarkan Motorola Droid 2. Pasaran Android kelihatan semakin berkembang dengan semakin banyak vendor telefon bimbit menggunakan sistem operasi ini dalam telefon bimbit mereka. Adakah Symbian akan ketinggalan dibelakang?
Tengok memang mengujakan tapi nak beli takde lah kot