Negeri Perak akan dikuasai oleh BN selepas DYMM Sultan Perak tikak memperkenankan pembubaran DUN. Berita terkini menyebut majlis angkat sumpah MB akan berlaku pada hari ini(Jumaat), manakala majlis angkat sumpah exco akan berlaku pada Selasa depan. Adun Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.
Sementara itu tokoh politik UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai “babak-babak yang memalukan.”
Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.