December 20, 2010

Motorola Defy, telefon bimbit rugged terbaru

Telefon ini baru sahaja memasuki pasaran Malaysia. Telefon pintar Motorola Defy merupakan telefon bimbit yang dikategorikan tahan lasak dan dikuasakan oleh Android 2.1. OS boleh dimuat naik kepada Android 2.2 mulai suku kedua 2011. Telefon ini lasak. Boleh dipijak-pijak, boleh rendam dalam air, tahan jatuh(leh bagi hadiah kat makwe sebab kalau dia baling kat dinding tak pecah tapi jangan sampai dia baling kat kepala korang, kepala korang yang pecah nanti kang), dust proof(tahan habuk), kalis calar, dan lain-lain ciri lasak.

Harga pasaran adalah sekitar RM1600.

Spesifikasi teknikal;

  • Android 2.1
  • TI OMAP 3610 800Mhz
  • 512MB RAM, 2GB ROM
  • Kamera 5MP dengan auto fokus dengan penstabil imej
  • HSDPA (900 / 2100 MHZ)
  • GSM/EDGE (850 / 900 / 1800 / 1900 MHz)
  • Wi-Fi 802.11 b/g/n
  • GPS & A-GPS
  • 3G Mobile Hostpot

Carian kesini:

April 15, 2010

2 telefon bimbit terbaru Sony Ericsson, Spiro dan Zylo

Lama tak dengar berita dari Sony Ericsson. Baru-baru ni mereka telah mengeluarkan 2 lagi telefon bimbit terbaru iaitu Spiro dan Zylo. Kedua-duanya merupakan telefon bimbit Walkman tetapi tidak menggunakan nama siri W.  Spiro turut disertakan dengan aplikasi Facebook dan Twitter, satu kemestian bagi telefon bimbit generasi baru. Begitu juga dengan Zylo, tetapi Zylo ada juga aplikasi Flickr dan Picasa. Zylo juga boleh upload klip video ke youtube dengan mudah.

Sony Ericsson Spiro

Sony Ericsson Spiro

Dari segi spesifikasi, Spiro menyokong GSM GPRS/EDGE 900/1800 dan GSM GPRS/EDGE 850/1900. Rangkaian data adalah GPRS dan EDGE.

Sony Ericsson Zylo

Sony Ericsson Zylo

Manakala Zylo pula GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 + UMTS 2100 or 900 / 2100. Rangkaian data menyokong GPRS + EDGE + UMTS (3G) + HSPA

Carian kesini:

March 7, 2010

Elive 2.0, kemaskini terbaru setelah 2 tahun

Elive 2.0 adalah distro Linux yang berasaskan Debian tetapi menggunakan window manager Enlightenment 17 baru sahaja dikeluarkan setelah 2 tahun dalam pembangunan.

Versi stabil 2.o diberi nama kod Topaz.  Versi ini mempunya banyak penambah baikan daripada versi terdahulu. Ianya dikatakan amat mudah digunakan menjadikan sesuai untuk sesiapa sahaja tambah pula bagi sesiapa yang belum pernah cuba Elive sebelum ini.

Maklumat lanjut lawat http://www.elivecd.org/

Wow, ada mirror malaysia.

Carian kesini:

February 21, 2010

Motorola backflip dikuasakan oleh Android

Backflip adalah telefon bimbit terbaru keluaran Motorola yang menggunakan Android. Ianya menampilkan aplikasi sosial dengan keupayaan pelbagai tugas bakal berada dipasaran Amerika utara, Amerika latin, Eropah dan Asia bermula pada suku pertama tahun ini. Dengan rekabentuk melipat unik, ianya memudahkan anda untuk menikmati video, muzik dan foto beserta kekunci QWERTY bagi memudahkan menulis email, menulis pesanan ringkas, menerima suapan berita, menulis mesej rangkain sosial dan banyak lagi.

Backflip datang dengan ciri MOTOBLUR. Ianya juga dilengkapi oleh pelayar web HTML yang lengkap disamping boleh memanfaatkan 3G serta WiFi. Android Market pula membolehkan anda mengakses lebih daripada 18000 aplikasi dan widget.

Carian kesini: