March 21, 2010

Betul ke Petronas jumpa telaga minyak terbesar di dunia?

Siapa selalu lawat malaysiakini tentu ada terbaca tentang berita ni. Dikatakan bahawa Petronas telah menjumpai telaga minyak terbesar di dunia tetapi tidak didedahkan.

Bagaimanapun tiada butiran lanjut berkenaan perkara itu.

Adakah ianya di Malaysia? Adakah ianya di tempat yang amat kontroversi sekarang ini iaitu Kelantan? Tiada siapa tahu. Petronas saja tahu.

Masa depat Petronas amat cerah jika betul perkara ini.

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mendakwa beliau diberitahu bahawa syarikat minyak nasional, Petronas, telah ‘menemui satu lapangan minyak yang sangat besar,
kemungkinan yang terbesar di dunia’.

Penemuan ini, tegasnya, bermakna Petronas akan mempunyai masa depan yang sangat baik.

Bagaimanapun, pengerusi pengasas Petronas itu enggan memberikan butiran lanjut.

“Saya diberitahu…tiada pengumuman dibuat mengenai penemuan lapangan minyak yang sangat besar. Saya diberitahu terdapat penemuan besar… yang boleh memberi tekanan kepada harga minyak.

“Saya juga diberitahu ia merupakan lapangan minyak atau telaga minyak terbesar (bukan hanya) di sini tetapi juga di tempat-tempat lain di dunia.

“Saya tidak boleh dedah (lokasi)…saya tidak boleh beri tahu anda,” katanya semasa ditanya berulang kali mengenai penemuan itu, yang beliau sebutkan dalam ceramahnya yang bertajuk, “Conversations on the Constitution and Oil Royalty — A Constitutional Right?” anjuran Majlis Peguam Malaysia, di Kuala Lumpur hari ini.

Sumber malaysiakini.

Carian kesini:

December 12, 2009

Sumpahan minyak

klccMalaysia merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak di dunia. Siapa tak kenal menara berkembar Petronas atau KLCC. Siapa tak kenal Petronas melaui Formula 1. Namanya gagah dimata dunia. Tetapi;

Mantan menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan Malaysia sebagai negara ‘sumpahan minyak’ di mana kekayaan hasil buminya itu tidak digunakan untuk tujuan asal penubuhan Petronas, tetapi menjadi madat dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

“Bila saya mengasaskan Petronas pada 1974, saya tidak menyangka bahawa suatu hari nanti, saya merasakan lebih baik kita tidak menemui kekayaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata, anugerah minyak itu yang sepatutnya digunakan untuk memacu peralihan negara kepada masyarakat yang lebih terpelajar dan berhati mulia, sebaliknya telah menjadi madat yang memberi kesenangan sementara dan simbol kosong seperti Menara Petronas.

Andai kata khazanah negara yang satu diagihkan seadilnya, rasanya mungkin negara kita dah menghampiri negara maju, atau sekurang-kurangnya setanding dengan Singapura.

Maaf, aku bukan penentang pembangunan, tapi cuma menyatakan pandangan.

Carian kesini:

February 6, 2009

Perak akan dikuasai BN

Negeri Perak akan dikuasai oleh BN selepas DYMM Sultan Perak tikak memperkenankan pembubaran DUN. Berita terkini menyebut majlis angkat sumpah MB akan berlaku pada hari ini(Jumaat), manakala majlis angkat sumpah exco akan berlaku pada Selasa depan. Adun Pangkor Datuk Dr Zambry Abd Kadir, 47, telah dipilih sebagai menteri besar baru Perak. Perdana menteri berkata, Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Sementara itu tokoh politik UMNO Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan perkembangan krisis peralihan kuasa kepada BN di Perak kini sebagai “babak-babak yang  memalukan.”

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata  beliau dan Adun Pakatan Rakyat akan memulaukan majlis angkat sumpah menteri besar baru Perak, Datuk Dr Zambry Abd Kadir esok walaupun mereka juga diundang.