June 28, 2011

Apa yang dibawa oleh telefon bimbit terbaru #NokiaN9

Nokia baru memperkenalkan telefon bimbit terbaru mereka yang menggunakan MeeGo. Telefon ini juga telah cuba dipadankan dengan Windows Phone 7 seperti gambar bocor yang tersebar di internet. Nokia N9 dikatakan telefon bimbit pertama dari Nokia yang tidak memerlukan bebutang fizikal utama untuk berfungsi.

Telefon ini menggunakan skrin sesentuh AMOLED yang kelihatan  melengkung. Terdapat tiga warna yang boleh dipilih. Hitam, magenta dan cyan. Nokia N9 juga turut menyokong NFC(Near Field Communication). Memori simpanan disokong adalah 16GB dan 64GB.  RAM pula 1GB.

Untuk bercakap, bateri telefon ini mampu bertahan selama 11 jam, bagi 3G 7 jam. Waktu sedia adalah 380 jam.  Bagi tontonan video 720p, ianya mampu bertahan 4.5 jam bagi memainkan muzik, 50 jam.

Dengan jumlam RAM yang tinggi, sudah tentu Nokia N9 sesuai untuk bermain permainan. Ianya telah dilengkapkan dengan permainan popular Angry bird.

Telefon ini paling sesuai untuk peminat multimedia. Ianya adalah telefon bimbit peringkat tinggi. Tiada maklumat bila ianya boleh didapati di Malaysia.

Carian kesini:

June 12, 2011

Motorola Photon 4G akan datang

Nampaknya Android telah mengangkat kembali reputasi beberapa pengeluar telefon  bimbit yang agak suram, salah satunya adalah Motorola. Motorola merupakan antara pengeluar terawal telefon bimbit generasi pertama sebelum dimonopoli oleh Nokia. Boleh dikatakan kebangkitan kembali Motorola banyak bertitik tolak dengan pemasangan Android. Tambahan pula dengan pengenalan tablet Motorola Xoom yang menggunakan Honeycomb, mengangkat kembali Motorola ke persada gadget sedunia dengan banyak review positif.

Pengenalan Motorola Photon 4G merupakan generasi baru telefon bimbit Motorola. Dengan pemproses 1Ghz dwi-teras NVIDIA Tegra 2 serta memori 1GB aplikasi lebih lancar dengan sokongan berbilang tugas ditambah pula dengan sokongan 4G. Dilengkapi dengan kamera 8MP sudah cukup untuk mengambil gambar yang cukup sempurna. Dari segi storan, ianya menyokong 16GB storan terbina dalam dengan sokongan tambahan sehingga 48GB.

Spesifikasi Pengumuman 9 Jun, 2011 (Suku kedua)
Teknologi Rangkainan CDMA 800 / 1900
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
CDMA2000 1xEV-DO
Pemproses 1GHz NVIDIA Tegra 2 AP20H Dwi-teras
Dimensi (mm) 126.9 x 66.9 x 12.2
Berat (g) 158
Kadar SAR -
Warna Hitam sahaja
Saiz skrin 4.3 inci, 540 x 960 piksel
Warna skrin Skrin sesentuh TFT, warna 16juta
-
-
Jenis Candybar
Kekunci QWERTY Tidak
Kekunci navigasi Accelerometer & Proximity
-
-
-
Antena Dalaman
Buku telefon Tidak terhad
Storan (GB) 16 GB , 1 GB RAM, 2 GB ROM
Slot memori microSD (hingg 32GB)
Jenis bateri Li-Po 1700 mAh
Waktu sedia (hrs) -
Waktu bercakap(min) Hingga 600 m (2G) / Hingga 540 m (3G)
Hiburan
-
MP3 Ya
Radio FM -
Penerima TV -
Rakaman Video Ya, 720p@30fps
Sokongan Video MP4/WMV/H.263/H.264
Sokongan Audio MP3/WAV/WMA/AAC+
-
Permainan Ya
Pesanan SMS Ya
-
MMS Ya
EMS -
Email Email & Email tolak
Pesanan segera Ya
Push-To-Talk -
Sambungan HSDPA -
WIFI/WLAN Wi-Fi 802.11 b/g/n, DLNA, ; WiMAX 802.16 e
3G Ya
GPS Ya
EDGE -
GPRS -
Bluetooth Ya, v2.1 dengan A2DP, EDR (A2DP)
USB Port Ya
Infrared (IrDA) -
Kabel data MicroUSB v2.0
-
Perisian Platform / OS Android
Java (J2ME) Ya, melalui emulator Java MIDP
WAP Tiada maklumat
Browser HTML
Masukan teks Swype
-
-
Aplikasi lain Port HDMI , Google Search, Maps, Gmail, YouTube, Google Talk, Adobe Flash 10.1,
Peribadi Tema Tiada maklumat
Caller ID Photocall
Profile ID -
Spesifikasi kamera Jenis lensa CMOS, 8.0MP
Zoom digital -
Resolusi maksimum 3264×2448
Flash Ya
Fungsi malam -
-
-
Ciri tambahan Autofokus, Geo-tagging, pengesan wajah, penstabil imej
-
Video Ya, 720p@30fps
-

Carian kesini:

June 6, 2011

Dua telefon bimbit terbaru Nokia bakal menjengah

Nokia bakal mengeluarkan 2 telefon bimbit terbaru mereka iaitu Nokia E6 dan Nokia X7.

Nokia E6 adalah model telefon bimbit QWERTY dan juga menyokong skrin sesentuh. Telefon ini disasarkan kepada golongan profesional. Hanya 3 warna boleh dipilih iaitu hitam, perak dan putih. Memori dalaman telefon ini adalah 8GB tetapi boleh dinaik taraf kepada 32GB. Nokia E6 mampu merakam video format H.264 720p selama 4.7jam. Ianya turut dilengkapi dengan kamera 8MP disamping kamera depan VGA untuk panggilan video.

Bagi Nokia X7 pula lebih berorientasikan hiburan dengan skrin besar 4 inci. Dengan skrin sesentuh AMOLED lebih jelas amat sesuai untuk menonton video definisi tinggi 16:9 nHD. Memori dalaman adalah 350MB serta 8GB MicroSD turut diberikan. Telefon bimbit ini dikuasakan oleh Symbian Anna dan menyokong Flash Lite 4.0. Kamera telefon adalah 8MP dengan zoom digital 2X bagi imej pegun serta zoom digital 3X bagi video.

Kedua-dua bakal berada dipasaran eropah dalam beberapa hari lagi tetapi masih tiada maklumat bila akan berada di pasaran Malaysia.

Carian kesini:

June 3, 2011

Pratonton Windows 8, optima untuk skrin sesentuh

Microsoft telah mempertontonkan antaramuka baru Windows 8 degan konsep sistem operasi baru yang lebih mirip kepada sistem operasi peranti pertama kalinya kepada umum. Didapati juga antaramuka bagi sistem operasi ini hampir mirip kepada sistem operasi Windows Phone 7. Sistem operasi terbaru daripada Microsoft ini dikatakan menyokong skrin sesentuh sepenuhnya tanpa memerlukan papan kekunci atau tetikus untuk beroperasi.

Ciri baru sistem operasi ini adalah:

  • Pelancaran aplikasi lebih pantas dengan antaramuka berbentuk ubin(tile) dengan bebutang Start yang baru
  • Notifikasi daripada applikasi laman sosial seperti Twitter dan sebagainya
  • Menyokong sepenuhnya HTML5 serta javascript
  • Menyokong mode berbilang tugas
  • Pelayar Internet Explorer 10 lebih pantas

Sistem operasi baru kelak masih lagi menyokong perisian sedia ada tetapi dengan antaramuka baru boleh dikatakan Microsoft mula beralih kepada sesuatu yang beroientasikan multimedia interaktif sepenuhnya. [via]

Carian kesini: