January 28, 2010

Tentang domain Renewal Hold, Redemption Period, Pending Delete

Bagi yang memiliki domain sendiri, pasti menghadapi situasi dimana apabila domain tamat tempoh, website akan memaparkan iklan dan bukannya kandungan website atau blog bila terlupa bayar pembaruan domain. Dan jika pembaharuan bagi domain dibuat, website atau blog hanya akan kembali pulih dalam masa 6-24 jam dan ada keadaan tertentu boleh mengambil masa 72 jam.

Selepas domain tamat, domain akan berada dalam tempoh Renewal Hold iaitu lebih kurang 40 hari. Biasanya harga bagi pembaharuan domain adalah sama dengan harga pembelian domain. Bagi mengelakkan masalah website memaparkan iklan, domain perlu diperbarui sebelum domain tamat tempoh. Tarikh tamat domain adalah ditambah pada tarikh akhir domain tamat, walaupun kita bayar sebelum tarikh domain tamat atau selepas tarikh domain tamat.

Jika tiada bayaran pembaharuan dibuat selepas 40 hari, domain akan jatuh kepada status Redemption Period. Tempoh Redemption Period adalah 45 hari. Dalam tempoh ini, domain masih lagi boleh dituntut tetapi harganya akan meningkat berganda-ganda. Misalnya jika kos pendaftaran baru adalah RM40, kos untuk menuntut domain dalam redemption period boleh mencecah sehingga RM300. Menuntut domain dalam tempoh ini sangat mahal dan juga ia memakan masa 5-12 hari kerana prosesnya adalah secara manual dan biasanya dilakukan pada peringkat registrar.

Domain akan menjadi status Pending Delete selepas itu iaitu selama 5 hari. Dalam tempoh ini, domain memang tidak boleh dituntut. Selepas 5 hari, domain boleh didaftarkan semula oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini. Keseluruhan tempoh adalah 90 hari. Cybersquatter sentiasa menunggu domain popular yang dalam tempoh pending delete untuk dibeli oleh mereka dan dijual semula dengan harga lebih tinggi.

Dalam kes-kes tertentu, tiada tempoh Redemption Period berlaku apabila ada registrar lain berminat dengan domain dan terus membelinya daripada registrar kita. Ianya dipanggil Backorder atau Smart Parking. Biasanya berlaku kepada domain popular atau domain yang mempunyai nilai komersil yang tidak membaharui domain akibat daripada sudah tidak mahu dengan domain atau terlupa membayarnya.

Akhir kata, sayangilah domain anda, renew domain sebelum domain tamat atau anda akan menyesal dikemudian hari.

*Tanyalah domain provider anda berkenaan hal ini kerana registrar yang berlainan mungkin mempunyai tempoh berlainan.

Carian kesini:

July 16, 2009

Blog offline

offlineBlog offline. Bukan sebab server down. Tapi sebab tangan gatal godek2 DNS setting kat registrar.

Offline tak lama. Tapi berejam gak la. Untuk pengetahuan korang, blog ni tak buat profit pun. Blog eksperimentasi je.

Kalau korang whois domain ni, dia pakai child nameserver.

Carian kesini:

April 4, 2009

Terlupa renew domain? Awasi Cyber Squatter!!!

domain
Topik kali ini saya nak ulas sedikit berkenaan dengan pembaharuan nama domain. Perlu berhati-hati bila domain dah tamat dan pastikan kita ingat bila domain kita tamat. Perkara yang betul adalah renew sebelum domain tamat.
Jika dah tamat, kita perlu renew domain itu dalam tempoh 30-40 hari bagi mengelakkan kesulitan. Ini adalah penting, kerana jika tidak sama ada kita terpaksa bayar mahal untuk mendapatkan semula domain itu ataupun langsung tidak dapat semula domain apabila orang lain daftar semula domain kita itu.

Kalau domain registrar Resellerclub atau Directi biasanya 90 hari diambil untuk domain dilupuskan sepenuhnya daripada Registrar. Lain-lain registrar mungkin berlainan.

Pecahan tempoh tamat adalah seperti berikut:

Renewal Grace Period 40 Days. (biasanya harga untuk renew adalah antara RM30-RM55 bergantung kepada tempat kita beli domain)
Redemption Grace Period of 45 days. (Biasanya harga untuk dapatkan balik serta renew adalah RM300 dan mungkin lebih lagi)
Pending Delete period for 5 days. (Tidak boleh renew/retrieve domain)

Selepas tempoh ini domain boleh didaftarkan semula oleh sesiapa sahaja dalam dunia ini dan AWAS jika domain anda popular Cyber Squatter memang ramai. Siapa Cyber Squatter tu? Cyber Squatter adalah pengemis domain? Apa tu pengemis domain? Mereka ini mencari domain yang popular atau high rank, terlupa renew sampai domain di remove oleh registrar.  Daripada kita bayar RM40 untuk domain tersebut, berkemungkinan kita terpaksa bayar beribu-ribu untuk dapatkan balik DOMAIN POPULAR kita itu.

March 12, 2009

Directi, ceo dan founder rupanya dari India

resellerclubDirecti, atau lebih dikenali sebagai Resellerclub adalah salah satu registrar yang terbesar dalam dunia ni.  Beliau juga ada blog.

I am Bhavin Turakhia, Founder & CEO – Directi. This blog is my chronicle of relevant (and occasionally irrelevant) thoughts, challenges and other random musings in the meandering journey towards realizing our goals at Directi.

Directi is a 300+ million dollars group of Businesses, developing innovative mass-market Web Products, and serving millions of Customers worldwide. Some of Directi’s businesses include ResellerClub, Skenzo, LogicBoxes, WebHosting.Info, etc. Several of Directi’s Business units rank amongst the top 5 or 10 businesses worldwide in their corresponding industry segments. Directi has been ranked amongst the fastest growing technology companies in the country and continent by Deloitte and Touche consistently, for the last 3 consecutive years (2004, 2005 and 2006).

Apa kaitannya dengan kita sebenarnya? Kalau nak tahu, dalam dunia ni ada banyak registrar, Go Daddy, Tucows, ENOM, Resellerclub dan sebagainya. Jika kita beli domain dari mana-mana syarikat di Malaysia,  kebanyakannya hanyalah sebagai reseller dan akan beli dari registrar ini. Untuk menjadi Registrar perlukan modal yang banyak dan perlu memohon dengan ICANN. Registrar untuk Malaysia adalah MYNIC berhad dimana memegang pendaftaran nama domain bagi .my