March 25, 2010

Jet terhempas semasa raptai konvo UUM


Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zulrihan Jusoh terbunuh apabila pesawat latihan jenis Pilatus PC-7 yang dipandunya
terhempas di kawasan dekat kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok kira-kira jam 10 pagi ini.
Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang membuat persembahan sempena perasmian Ekspo Konvokesyen universiti itu pagi ini.

Menurut jurucakap TUDM, mayat juruterbang itu sudah ditemui dan dikeluarkan dari tempat kejadian menggunakan sebuah helikopter TUDM.

Beliau mengesahkan bahawa ketika kejadian, hanya seorang juruterbang berada dalam pesawat itu yang berpangkalan di Kepala Batas di sini.-Bernama

Carian kesini:

January 30, 2010

Penerbangan percubaan Sukhoi T-50

Sukhoi T-50Russia telah berjaya menguji pesawat generasi kelima mereka yang dipanggil Sukhoi t-50. Pesawat ini adalah pesawat stealth dan dikatakan setanding dengan pesawat F22 raptor, F23 buatan Amerika.

Spesifikasi asas adalah pesawat lebih lincah, kebolehan supersonic lebih lama serta mode tanpa afterburning disamping boleh mengelakkan dikesan radar, dikesan oleh torpedo pengesan haba, serta kebolehan mendarat dan berlepas lebih baik.

Pesawat ini dijangka akan berada di atas awan pada tahun 2015-2017.

December 16, 2009

Penerbangan sulung Boeing 787 Dreamliner

Peraduan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Hadiah bernilai RM3750 untuk direbut. http://bit.ly/6AqlJB

boeing787Syarikat Boeing telah berjaya melakukan penerbangan sulung pertama pada hari ini setelah hampir 2 tahun bergelut dengan masalah kewangan. Pesawat Boeing 787 Dreamliner dikatakan merupakan pesawat yang menjimatkan bahan api dan jika dilihat pada rekabentuk sayap, ianya kelihatan membengkok keatas untuk lebih aerodinamik.

Pesawat direka khas daripada karbon yang ringan serta titanium dikatakan menjimatkan bahan api serta kos penyelenggaraan pada awalnya dihambat oleh kekurangan bolt(skru), kesalahan rekabentuk dan mogok pekerja selama 2 bulan masih mempunyai jalan yang berliku sebelum dapat membuktikan bahawa syarikat ini telah berjaya.

November 17, 2009

Malaysian Pacific Airlines

Malaysian pacific airlines

Malaysian pacific airlines

Sesiapa yang melayan cerita House M.D. musim keenam tentu perasan pada episod 5(sebenarnya episod 4 kerana episod 1 ada 2 siri) pasti perasan pesawat yang dinaiki oleh 13 adalah Malaysian Pacific Airlines.

Malaysian Pacific Airlines wujud ke? Sebenarnya tak ada, ianya hanyalah fiksyen sahaja. Mungkin dibuat dalam studio sahaja. Malaysian Pacific Airlines pertama kali ditampilkan adalah pada musim ke 3 episod 18.

Episod kali ini ini adalah bertajuk “Instant Karma” iaitu mengisahkan seorang CEO sebuah syarikat yange mempunyai anak berpenyakit misteri iaitu sakit perut yang tidak dapat dijelaskan. Beliau mahukan anaknya dirawat oleh Dr House walau dengan apa cara sekalipun. Beliau percaya penyakit anaknya berpunca daripada hukuman karma kerana kejayaannya. Sementara itu, Foreman dan Chase mempersiapkan laporan untuk tentang kes Dibala.

Carian kesini: