October 16, 2009

Zaid cuti mengejut, krisis terbaru PKR

zaid ibrahimDatuk Zaid Ibrahim hari ini membuat pengumuman mengejut untuk bercuti selama enam bulan daripada PKR di tengah-tengah ura-ura beliau menghadapi masalah dengan seorang pemimpin kanan parti.

“Ini bermakna saya tidak akan menghadiri mesyuarat biro politik parti,” kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam satu kenyataan hari ini.

Surat itu, yang berkuatkuasa serta-merta, diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Zaid, yang baru mengumumkan penyertaannya bersama parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pada Jun lalu, dipercayai berdepan masalah besar menjalankan tugasnya untuk menyatukan pembangkang susulan pergeserannya dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Sumber Malaysiakini.

Carian kesini:

June 13, 2009

Zaid Ibrahim menyertai PKR

zaid ibrahimBekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Sumber Malaysiakini.

May 3, 2009

Dr. Chua Soi Lek akan menyertai pembangkang?

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak menafikan desas-desus bahawa Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan menyertai pembangkang.

Perdana Menteri berkata, perkara itu sengaja diuar-uarkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Tak ada…tak ada, beliau tidak ada cadangan, orang sebut-sebut tapi saya percaya Dr. Chua merupakan penyokong setia Barisan Nasional (BN),” katanya dalam sidang media selepas menyampaikan amanat khas di Perhimpunan Hari Pekerja 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil hari ini.

Najib berkata demikian bagi mengulas laporan media hari ini mengenai kenyataan Dr. Chua bahawa beliau tidak menolak kemungkinan untuk menyertai pembangkang.

Dr. Chua mendakwa beliau semakin tidak berperanan dalam parti, termasuk sebagai Pengerusi Biro Pemantauan Dasar Kerajaan.

Bagaimanapun Najib yang juga Pengerusi BN menambah, beliau ada berjumpa dengan Dr. Chua dua hari lepas tetapi tidak disebutkan mengenai soal tersebut.

“Saya jumpa dia dua hari lalu, tidak ada apa pun,” katanya.

Sumber mStar Online.

March 23, 2009

Akhbar Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.

Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Malaysiakini difahamkan surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5 petang tadi.

Sumber Malaysiakini.