October 19, 2009

Telefon sesentuh terbaru dari Nokia, Nokia 5230

Nokia 5230

Nokia 5230

Telefon ini merupakan telefon yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2010, ini bermakna telefon ini masih belum berada dalam pasaran.

Walaubagaimanapun beberapa blog telah dapat merakamkan gambar telefon bimbit ini.

Nokia 5230 merupakan telefon skrin sesentuh. Ianya adalah legasi daripada telefon bimbit Nokia 5800 iaitu telefon sesentuh paling berjaya Nokia.

Beberapa ciri penting adalah iana menampilkan skrin peka sentuhan dengan skrin lebar untuk tayangan filem lebih besar beserta akses yang lebih mudah terhadap media dan laman web sosial.

Terdapat 5 pilihan warna menarik bagi telefon ini. Kelihatannya sasaran telefon bimbit ini adalah untuk remaja dan eksekutif muda.

Pilihan warna Nokia 5230

Pilihan warna Nokia 5230

Jika sebelum ini Nokia 5530 Xpress Music tiada 3G,  telefon ini dilengkapkan dengan 3G.

Untuk specifikasi boleh merujuk n81blogger.com.

Carian kesini:

July 13, 2009

Nokia 5530 Xpress Music

Telefon bimbit ini adalah telefon baru yang akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun ini.

Ianya adalah sebagai pengganti 5800 iaitu telefon sentuh terlaris keluaran Nokia.

Malangnya telefon ini dikatakan tidak mempunyai 3G tetapi bakal dijual dengan harga lebih murah.

nokia-5530-xpressmusic-anokia-5530-xpressmusic-bnokia-5530-xpressmusic-c

Spesifikasi.
Dimensi- 104x49x13mm
Berat- 107g
Skrin- 2.9inci skrin lebar (640×360 piksel) dengan warna 16juta
Kamera- 3.2MP dengan fokus auto serta flash LED
Video- skrin lebar dengan 640x360px sehingga 30 bingkai sesaat
Memori- 70MB memori terbina dalam, 4GB MicroSD, menyokong sehingga 16GB MicroSD
Data- GPRS/EDGE, WLAN
Waktu bercakap- Sehingga 4.9 jam
Waktu sedia- Sehingga 14 hari

Ciri-ciri menarik
Skrin sesentuh- tindakbalas pantas dan tepat
Bar media- capaian pantas terhadap Windows live messenger, youtube, Ovi,Flickr, MySpace
Muzik- pemain muzik, radio FM, pembesar suara streo dengan bunyi keliling, kekunci muzik khas
Accelerometer- tukar antara landskap dan mod potret

Carian kesini: