March 9, 2010

Apa cerita bola kita di Slovakia?

Saingan kompetitif Liga Satu Slovakia yang dibangga-banggakan FAM serta peminat bola sepak tempatan sebenarnya palsu semata-mata.

Sebaliknya dua perlawanan diharungi Harimau Muda A setakat ini termasuk baki 12 perlawanan lagi bukannya perlawanan liga tetapi sekadar perlawanan persahabatan. Perkara ini terbongkar apabila Pengurus Komersil kelab Slovakia MFK Ruzomberok, Michal Mertinyak mengesahkan bahawa perlawanan antara kelabnya dengan Harimau Muda A Sabtu lalu adalah perlawanan persahabatan yang tidak memberi sebarang mata dalam liga sekali gus bercanggah dengan apa yang dijelaskan FAM kepada pihak media tempatan sebelum ini.
“Perlawanan Malaysia U21 (Harimau Muda A) dengan MFK Ruzomberok B hanyalah perlawanan persahabatan jadi MFK Ruzomberok B tidak mendapat mata dari perlawanan itu,” jelasnya ringkas menerusi kiriman e-mel semalam.
Kenyataan ini dilihat tidak boleh disangkal memandangkan nama Harimau Muda A yang beraksi menggantikan kelab ZP Sport Podbrezova bagi menghabiskan baki 14 perlawanan kelab itu yang menarik diri, masih tiada dalam senarai kedudukan terkini liga di laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Slovak (SFZ) serta dalam laman web pasukan lain yang bertanding.

Sumber Metro.

February 8, 2010

Tanam mayat bayi macam tanam mayat kucing

Sesat. Sesungguhnya sesat. Kalau sesiapa baca Metro tentu perasan berita macam ni memang banyak sangat dah. Kira macam dah tak terkawal dah isu ni. Mungkin dah muak kita degar. Disebabkan dah selalu keluar paper kita dah jadi macam tak kisah. Kita dah macam lali.

Pada aku, orang yang buat macam ni sesungguhnya dah tersasar jauh. Dah sesat.

BUKIT MERTAJAM: Mayat bayi perempuan berbungkus plastik dipercayai baru dilahirkan ditemui ditanam di belakang sebuah kilang berhampiran Taman Pelangi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abdullah berkata, mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai sudah meninggal dunia sebelum ditanam di situ.
“Beberapa orang awam melihat dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan mengorek dan menanam sesuatu di belakang kawasan kilang berkenaan pada kira-kira 3.30 petang.
“Sebaik dua lelaki terbabit meninggalkan kawasan itu dengan menaiki motosikal, mereka pergi mengali semula dan menemui satu bungkusan mayat bayi sebelum menghubungi polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
“Kita belum dapat mengenal pasti identiti dan bangsa bayi perempuan berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dan menurutnya polis sedang mengesan dua lelaki yang menanam mayat bayi itu.
Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. – Sumber Metro.

February 7, 2010

Winmo 7 bocor sebelum Mobile World Congress

Microsoft telah mengesahkan bahawa Windows Mobile 7 akan membuat penampilan pertama pada Mobile World Congress lebih kurang seminggu lagi. Walaupun begitu, sudah ada gambar bocor bagaimana bentuknya Winmo 7 nanti. Kemungkinan versi yang ditunjukkan nanti bukanlah versi penuh Windows Mobile 7 sebaliknya hanyalah UI yang menunjukkan fungsi asas telefon pintar tersebut.

Seperti ramai yang menjangka, terdapat ura-ura platform yang digunakan adalah seperti platform Zune yang disuntikkan dalam Windows Mobile 7 dengan nama kod “METRO”. Adalah berkemungkinan Zune software desktop menggantikan Windows Mobile Device Center dan juga dikatakan ada integrasi dengan game Xbox dengan fungsi tag, prestasi, avatar dan cenderamata beserta sokongan penuh bagi rangkaian sosial seperti Facebook.

Sama-samalah kita nantikan pengenalan Windows Mobile 7 nanti.