October 22, 2009

Mimpi pun kena saman, apa cer?

Kadang-kadang lawak gak keyword yang masuk dalam blog aku nie. Keyword yang pelik-pelik pun ada.

Kalau ikut statistik aku rasa visitor aku ramai dari organic visitor, maksudnya dari laman web carian macam google atau bing.

Kombinasi plugins yang sesuai amat diperlukan untuk mengoptimakan keyword supaya blog korang sentiasa berada di tempat utama dalam carian google atau bing.  Orang panggil SEO, aku tak nak ulas panjang sebab korang boleh google sendiri la.

Aku sendiri pakai plugins All in one SEO dan di gabungkan dengan XML-sitemap generator untuk optimizekan SEO disamping tu juga ada akaun webmaster tools untuk monitor.

Satu lagi plugins yang aku pakai adalah statpress. Statpress ni untu statistik dan juga boleh trace keyword enjin carian yang membawa kepada blog korang. Apa yang aku maksudkan dengan tajuk entri kat atas tu ada dalam cekupan skrin dibawah.

saman

Carian kesini:

October 8, 2009

Jangan ketawa

ketawaKetawa dikatakan terapi untuk stress.  Ketawa juga dikatakan sebagai senaman muka, ini adalah kerana ketika ketawa otot-otot pada bahagian muka bergerak.

Ketawa biasanya dikaitkan dengan benda-benda kelakar yang kita lihat atau dengar. Kita juga boleh ketawa jika digeletek.

Contoh perkara yang lucu yang membolehkan kita ketawa seperti melihat orang melatah, melihat aksi badut, melihat lawak yang dilakukan pelakon dalam kaca tv seperti senario dan sebagainya.

Tahukah anda bahawa secara purata, kita ketawa 15 kali dalam sehari.

Bayi juga ketawa, kanak-kanak juga ketawa jika diusik, orang tua juga pandai ketawa. Orang yang ketawa sorang-sorang mungkin orang gila.

Untuk release tension, tengoklah video ketawa dibawah.

Yang ni feveret aku nih, pensel berbulu senyum.

Carian kesini:

April 14, 2009

Nabil Bintang Paling Popular ABPBH 2008

nabilBakat baru, Ahmad Nabil Ahmad, atau lebih dikenali sebagai Nabil, dipilih sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Nabil, 26, yang meraih 127,524 undi, meraih gelaran itu selepas mengetepikan saingan empat artis lain yang mendapat undi tinggi iaitu Mawi yang menerima 55,080 undi, Datuk Siti Nurhaliza (29,676), Aznil Nawawi (18,864) dan kumpulan Meet Uncle Hussain (11,784).

Nabil memenangi hadiah utama kereta Nissan Sylphy 2.0L berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, barang kemas Rafflesia bernilai RM150,000 tajaan Rafflesia The Pearl Centre serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Beliau yang baru setahun bergiat aktif dalam industri hiburan tempatan selepas muncul juara Raja Lawak Astro musim kedua tahun lalu turut meraih kemenangan dalam dua kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.  [via]