October 28, 2009

Airboard

Fullamak, gadget ni memang best lah. Ianya diinspirasikan daripada Hovercraft.

Airboard ni boleh digunakan atas jalan raya, atas konkrit, atas rumput tetapi tidak boleh digunakan diatas air seperti Hovercraft biasa.

Kelajuan maksima benda alah ni adalah 32Km/J.

Kalau boleh dapat sebijik, memang cool lah.

Airboard beraksi atas jalan

Airboard beraksi atas jalan

Air-Board_2

May 31, 2009

7 mayat ditemui dalam runtuhan Pasaraya Jaya

Kesemua tujuh mayat pekerja yang terbunuh selepas terperangkap dalam runtuhan bangunan lama Pasaraya Jaya, di Seksyen 14, Petaling jaya, telah ditemui.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata tiga lagi mayat dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, dua mayat terakhir yang dtemui hari ini tidak dapat dikenalpasti.pasaraya_runtuh

Sehubungan itu, pihak polis akan mendapatkan bantuan Kedutaan Indonesia untuk mengenalpasti mereka melalui identifikasi DNA.

Berikutan penemuan kesemua mayat berkenaan, maka operasi mencari dan menyelamat berakhir pada kira-kira jam 5 petang tadi.

Sementara itu, Bernama melaporkan mayat-mayat itu ditemui berdekatan antara satu sama lain di bawah timbunan konkrit.

“Mayat pertama merupakan sebahagian tulang belakang dengan daging manusia ditemui pada pukul 12 tengah hari, manakala satu lagi mayat sempurna ditemui pada pukul 12.50 tengah hari,” kata ACP Arjunaidi dalam satu sidang akhbar.

[via]