October 16, 2011

Cara untuk kompil(compile) dan pembetulan(patch) kernel, kenapa perlu compile?

Sila rujuk sini untuk masukan blog berkenaan tajuk diatas. Kenapa perlu compile? Kita perlu compile kernel Linux jika sekiranya sesuatu perkakasan yang cuba dipasang tidak dapat dikesan oleh kernel. Sebelum compile, kita juga perlu tahu bahawa memang tiada modul bagi perkakasan itu. Oleh itu kernel Linux perlu di compile untuk menyokong perkakasan.

Adalah jarang pada waktu ini untuk compile kernel kerana kebanyakan perkakasan memang sudah disokong oleh kernel sekurang-kurangnya modul(module) bagi perkakasan itu sudah ada. Kita cuma perlu load sahaja modul. Istimewanya module adalah ianya boleh dilaksanakan tanpa perlu reboot semula pc.

Arahan untuk senaraikan modul yang sedang digunakan dalam Linux adalah lsmod. modprobe adalah arahan untuk memasang modul. Juga boleh digunakan untuk buang modul.

root@svr7 [~]# lsmod

Module                  Size  Used by
sha1_generic            1759  4
ppp_mppe                5240  2
ppp_async               6245  1
crc_ccitt               1323  1 ppp_async
ppp_generic            19291  6 ppp_mppe,ppp_async
slhc                    4003  1 ppp_generic
aes_x86_64              7340  0
aes_generic            25714  1 aes_x86_64
hidp                   11083  1
vmnet                  37057  13
vmblock                10462  1
vsock                  35775  0
vmci                   46596  1 vsock
vmmon                  64195  0
parport_pc             18855  0
ppdev                   5030  0
lp                      7462  0
acpi_cpufreq            5571  1
cpufreq_stats           2659  0
parport                27954  3 parport_pc,ppdev,lp

Carian kesini:

March 31, 2009

Mudahnya guna widget dengan wordpress, khas untuk Kak Ogy

“Akak Ogy nak pasang iklan nuffnang, tapi akak tak pandai nak masukkan. Macam mana?”

“Bro, bro pandai edit code php tak? dah banyak kali cuba nak masukkan widget feedjit tapi asyik lari dan ada error je.”

Php programming tak berapa sama dengan html biasa. Kalau html biasa, dengan fronpage apa yang kita design itulah yang akan dapat dilihat pada browser, tapi tidak php. Ianya sedikit berbeza. Walupun kita pakai Frontpage, kita hanya dapat lihat baris-baris kod sahaja.

Bagi akak-akak macam kak Ogy(contoh-jangan marah saya kak) dan abang-abang yang baru berjinak-jinak dengan wordpress dan mempunyai pengikut yang ramai tentu tak meriah kan blog kalau takde iklan. Sama ada kita upah orang untuk masukkan kod iklan atau apa saja dalam blog kita atau kita buat sendiri jika kita tahu.

Sebenarnya akak, tak susah nak masukkan kod tu, cuma gunakan widget. Ha kak, widget.

Widget tu benda apa? Widget kalau dalam terma komputer kira macam satu perisian kecil yang memaparkan info, contohnya macam jam, kalender, cuaca, proses CPU dsb. Tapi dalam terma wordpress ianya macam utility kecil. Boleh letak suapan RSS, boleh letak statistik, letak cloud tag dsb. Widget biasanya terletak pada bahagian kiri, kanan atau bawah bahagian utama blog. Jarang ada widget pada bahagian utama blog.

Tetapi ada sedikit kekurangan, tak semua widget serasi dengan semua tema wordpress. Kena tengok juga bagaimana programmer tema itu membuatnya pada tema wordpress.

Nak masukkan Widgets, masuk pada Appearence>Widgets. Kita akan dapat lihat pada senarai widget. Widget yang boleh diletakkan pada sidebar biasanya ada link add, bagi yang tiada bermakna widget tidak serasi dengan tema wordpress.

Merujuk kepada isu macam mana nak masukkan kod javascript misalnya, nak masuk iklan ke atau kod mybloglog ke widget “Text” perlu digunakan. Pada kanan bahagian Current Widgets, pilih tempat nak show iklan tu. Contoh saya rsidebar, dan pilih show. Nanti akan keluar senarai widget pada bahagian itu. Bila kita klik “Add” pada Text widget, ia akan berada pada bahagian widget dan biasanya akan berada bawah sekali. Kita drag/heret widget tersebut pada kedudukan yang kita mahu. Setelah selesa dengan kedudukan, masukkan kod yang hendak digunakan. Klik Done dan klik Save Changes.

rwidget1

Aha…. Widget dah boleh dipakai. Sila tekan F5 untuk refresh browser.

rwidget2

Carian kesini:

January 25, 2009

Kembali ke masa depan

Lepas download iso Jaunty Jackalope iaitu versi Ubuntu yang hanya akan keluar pada bulan April ini saya terus memasangnya. Nampak macam tiada masalah, tetapi grafik agak lagging kerana menggunakan driver vesa disebabkan laptop saya menggunakan NVIDIA.Sengaja saya pasang untuk melihat apakah ciri-ciri terbaru didalamnya, tetapi nampaknya tidak nampak beza sangat kecuali semasa memasangnya saya telah pilih sistem fail ext4.

Jaunty Jacklope

Jaunty Jacklope

Penggunaan CPU agak tinggi walaupun tak buat apa-apa. Mungkin ini disebabkan oleh rendering grafik vesa kot.

Penggunaan CPU agak tinggi walaupun tak buat apa-apa. Mungkin ini disebabkan oleh rendering grafik vesa kot.

January 20, 2009

Red Hat Enterprise Linux 5.3 kini boleh didapati dengan keupayaan virtualization termaju serta generasi terkini java disamping menyokong pemproses terbaru

Peneraju dalam bidang penyelesaian sumber terbuka hari ni telah mengumumkan perisian sistem operasi terbaru daripada mereka iaitu Red Hat Enterprise Linux 5.3. Perisian ini adalah berbayar dan sekiranya mahukan perisian sumber terbuka anda bolehlah mendapatkan Fedora ataupun Centos.

Beberapa ciri-ciri menarik bagi perisian ini adalah :

  • Sokongan virtualization termaju-menyokong sehingga 32 virtual CPU dan sehingga 80GB memori. Bagi server pula ianya menyokong sehingga 126 CPU dan 1TB memori.
  • Menyokong pemproses Intel Core i7 (Nehalem)-Ini adalah pemproses 4 teras terbaru dari Intel, pemproses termaju dari Intel ini adalah yang terbaik selepas pemproses Intel Pentium Pro.
  • Sokongan penuh dengan OpenJDK-perisian ini adalah versi sumber terbuka daripada Java SE 6. Red Hat menyokong penuh perisian ini .

Berita penuh, sila rujuk http://inertz.org/2009/01/21/red-hat-enterprise-linux-53-now-available-with-leading-virtualization-performance-and-next-generation-java-and-processor-support-capabilities/

Carian kesini: