October 14, 2011

Bagaimana menghasilkan blog sampah

Seperti tajuk diatas, suka saya nak berkongsi dengan saudara semua macam mana untuk menghasilkan blog sampah :-)

  1. Salin dan tepek dari website orang lain. Salin sepenuhnya kandungan dari website yang menawarkan kandungan percuma seperti wikipedia.
  2. Gunakan plugins untuk tarik suapan RSS kedalam website.
  3. Letak banyak iklan. Letak macam-macam iklan. Adsense letak, nuffnang letak dan sebagainya selagi ada tempat nak letak iklan.
  4. Letak topik-topik yang mengarut dan membosankan.
  5. Mengumpat orang. Tak kisah lah hal politik kah, cerita fasal jiran sebelah rumah kah ataupun cari fasal dengan blog orang lain.
  6. Tulis auta(bohong) jangan tulis fakta. Goreng cukup-cukup supaya orang percaya apa yang kita tulis itu adalah benar.
  7. Curi bandwidth orang lain. Macam mana nak curi bandwidth orang? Link kan sahaja gambar dalam website orang kedalam website kita. Dengan cara ini kita dah jimat bandwidth.
  8. Buat karangan panjang-panjang tanpa gambar seperti karangan budak sekolah.
  9. Letak gambar sahaja tanpa ada apa-apa info dalam entry tersebut.
  10. Letak artikel yang sama berulang-ulang.

Carian kesini:

April 16, 2010

Lockdown

House MD Episod 17

House MD Episod 17

“Lockdown” adalah episod ke 17 House M.D musim ke 6. Ianya ditayangkan pada 12 April 2010. Episod ini diarahkan sepenuhnya oleh Hugh Laurie.

Ketika hospital diarahkan dikunci kerana seorang bayi telah tiba-tiba hilang, semua doktor diminta untuk kekal dimana mereka berada dan tidak dibenarkan keluar, meninggalkan Taub dan Foreman dalam bilik rekod, Wilson dan “Thirteen” tersangkut di cafeteria manakala House bersama pesakit(David Strathairn).

Sementara itu Chase telah terperangkap dengan bakal menjadi bekas isterinya iaitu Cameron dan Dr Cuddy bertungkus lumus untuk mencari bayi yang hilang.

Episod ini merupakan episod yang berbeza sedikit apabila tiada misteri perubatan dirungkai kerana tiada pesakit mingguan seperti selalu.

April 14, 2009

Post pertama anda

baby

Entry pertama bagi blog ini adalah bertajuk : Bagaimana menghasilkan blog sampah

Mari kita jalan-jalan cari pasal dan usha blog pertama mereka…. hehe..

Entry pertama Menteil. Cerita pasal awek no 2 dia. Ceh. Xde dah entry sebelum tu. Tu kot yang pertama.

Gile lama dah start blogging. Siapa lagi kalau bukan KNizam. Post terawal pada 12 Mac 2004.

Blog Zool Ligakampung. Mula 17 Jun 2007. Rasanya awal lagi sebab dalam post mula-mula bagitau blog sebelum ni host kat blogspot. Bila agaknya sdr Zool ni start blog ye. Post beliau bertajuk “Permulaan”.

Blog Aeropama memang aku selalu gak lawat hari-hari. Post pertama beliau adalah bertajuk “Ice Braking”.  Apa maksudnya tu ye.

Blog Khai entry pertama beliau adalah menceritakan bertapa tensionnya lepas sebulan masuk Limkokwing University Colleges sebab banyak assignment.

Blog Encek Janggel. Kawan aku nih. Dia cerita pasal teater musical Puteri Gunung Ledang. Sejak bile plak dia minat teater tah le. Dulu xde la nampak sangat minat teater. Hehe…

Ada banyak lagi sebenonye, tapi bila ku tengok entry memula blog tu Hello World tak payah le kot.