February 20, 2011

Gambar bocor telefon bimbit Blackberry Dakota

Gambar terbaru Blackberry Dakota yang bakal keluar tidak lama lagi menunjukkan bahawa belakang telefon bimbit ini mempunyai belakang carbon fibre. Ianya dikatakan pengganti kepada Blackberry Bold.  Dikatakan telefon bimbit ini mempunya ruang simpanan sebanyak 6.5GB dengan RAM 512MB.

Telefon ini menggunakan sistem operasi 6.1 dengan skrin 640×480, Magnetometer, Accelerometer, Proximity , NFC, serta kamera 5MP. [sumber]

Carian kesini:

August 1, 2010

BlackBerry keempat di dunia

Research In Motion(RIM) adalah pengeluar telefon bimbit jenama BlackBerry.  Mengikut kajian terbaru IDC, RIM adalah pengeluar telefon bimbit keempat terbesar didunia dengan penguasaan hantaran global sebanyak 40 peratus diantara suku kedua 2009-2010.

Jualan sebanyak 11.2 juta telefon bimbit meletakkan RIM dibelakang Nokia, Samsung, dan LG.

Trend ini menunjukkan telefon BlackBerry semakin digemari di seluruh dunia.

[sumber]

Carian kesini:

May 4, 2010

BlackPad, pesaing iPad dari Blackberry

PC tablet ini dikatakan bakal menyaingi iPad. Dikenali sebagai BlackPad atau Cobalt, gadget ini dikatakan mempunyai  paparan 8,9 inci, dengan RIM dilaporkan menempah paparan daripada pengeluar. Tablet BlackBerry ini juga diharapkan dapat sepenuhnya serasi dengan BlackBerry OS. Ciri-ciri lain termasuk 3G dan sambungan Wi-Fi. Walaupun ianya hanyalah sekadar rumor atau ura-ura, boleh jadi ianya benar.

[via]

March 7, 2010

Blackberry slider, macam tak sesuai je

Baru-baru ini telah bocor gambar Blackberry slider yang dikatakan sebagai telefon bimbit yang bakal dikeluarkan.

Dari pandangan peribadi saya, Blackberry adalah salah satu telefon pintar yang sedang meningkat naik setanding dengan HTC.

Jika majoriti telefon Blackberry besar atau dianggap besar kerana ada kekunci QWERTY, dengan slider kelihatannya lagi besar dan memanjang.

Masih belum ada maklumat tentang spesifikasi dan harganya. Juga belum ada lagi maklumat bila ianya akan dilancarkan.

Sumber.

Carian kesini: