Xfce merupakan window manager yang berasaskan GTK+, ianya lebih mudah dan menyerupai CDE(Common Desktop Environment). CDE telah diperkenalkan oleh SUN,HP,IBM dan lain-lain untuk menyaingi desktop Windows. Cara konfigurasi Xfce juga mudah. Semua dapat dicapai hanya dengan mengklik ikon dan pilih perkara yang hendak diubah.
Antaramuka seperti ini adalah sesuai bagi sistem server dimana pengguna tidak banyak terlibat dengan desktop komputer kerana ia menggunakan ruang memori yang tidak banyak berbanding KDE ataupun GNOME. Secara keseluruhannya Xfce merupakan window manager yang paling mudah berbanding KDE dan GNOME di mana cara penyelarasan tidak rumit. Satu perkara yang unik tentang Xfce adalah ianya boleh berintergrasi dengan GNOME di mana panel GNOME boleh ditambah padanya.
Walaupun begitu program KDE juga dapat dilancarkan daripada Xfce. Pengguna server memang baik jika menggunakan Xfce manakala pengguna biasa boleh juga menggunakannya sekiranya anda mempunyai jumlah ram yang sedikit sekiranya agak lambat untuk memuatkan KDE atau GNOME.
xubuntu adalah variant ubuntu yang menggunakan Xfce.
Siapa pakai xubuntu? Dia pakai Xfce kalau tak silap..
xubuntu memang pakai interface xfce beb…smooth giler..
Mmg lite sikit berbanding GNOME dengan KDE