Nota ni untuk aku rujuk kemudian hari disebabkan aku jarang pasang mesin Debian. Kebetulan aku kena reinstall satu server ni kepada Debian dari Centos. Kalau Centos tu biasa la. Masa install tu akan secara automatik akan dipasang dengan kernel PAE.
Bagi Debian, kernel tak secara automatik. Dia akan pasang kernel standard. Bila reboot, ram yang dapat dikesan cuma 3.6GB lebih je. Penyelesaiannya, install kernel ‘bigmem’. Satu masalah dengan hal ni. Bila reboot, network akan gagal berfungsi. Ini adalah kerana kernel module bagi network card adalah specifically compile dengan kernel tu.
Bagi problem aku, network yang digunakan oleh server adalah Atheros. Aku dapat driver dari page ni : http://packages.debian.org/search?arch=i386&keywords=atl2
Aku ambil ‘atl2-modules-2.6-686-bigmem’
Kalau dah login dengan kernel bigmem tapi network tak jalan, boleh reboot balik dengan kernel standard dan download module bigmem. Bila dah selesai install module tu, cuba reboot balik. Mesti bigmem jalan dan network jalan.
Cara ni boleh dipakai bagi Debian based system, tapi aku belum test.