Sokongan untuk 3G ditambah dengan pemampatan data boleh didapati dengan Nokia Xpress membantu kita menikmati pengalaman mudah alih pada kos yang lebih rendah. Telefon menyoking aplikasi sosial terkemuka seperti WhatsApp, Facebook dan Twitter, di samping aliran video melalui YouTube. Untuk fleksibiliti yang lebih besar, orang ramai juga boleh menggunakan Nokia 207 dan Nokia 208 sebagai modem mudah alih, hanya dengan menyambungkan peranti ke komputer riba mereka menggunakan kabel USB untuk berkongsi Internet di mana-mana sahaja dan bila-bila masa.
Bateri Nokia 207 dan Nokia 208 boleh bertahan sehingga 33 hari masa sedia dan sehingga 20 hari dari masa sedia untuk Nokia 208 Dual-SIM – membantu terus berhubung untuk lebih lama.
Harga runcit anggaran Nokia 207 dan Nokia 208 adalah 68USD serta dijangka berada dipasaran pada suku ketiga 2013.