Kerjasama Nokia Microsoft

Industri telefon bimbit sedang memerhati dengan rapat gabungan Nokia dan Microsoft yang baru diumumkan. Apakah gabungan ini bakal membawa kebaikan atau keburukan dimana Nokia dikatakan bakal menghentikan program MeeGo mereka dan beralih kepada Windows Mobile Phone 7 selepas ini. Dikalangan pemerhati, tindakan Nokia dikatakan agak bertentangan dengan prinsip asal Nokia yang pada mulanya lebih berat kepada sumber terbuka.

Dikatakan perbincangan secara rahsia antara Nokia dan Google telah dilakukan, bagaimanapun agak menyecewakan Android bukanlah pilihan pembuat keputusan dalam Nokia.

Adakah kita pernah berfikir, telefon pintar yang begitu mahal tiada panggilan 3G. Mengapa begitu? Pada anggapan saya paten panggilan 3G adalah dipegang oleh Nokia. Adalah tidak mustahil nanti telefon bimbit Nokia yang berkuasa Windows Phone 7 mempunyai panggilan 3G kerana teknologi itu sememangnya dimiliki Nokia. Sesuatu yang menarik dan menguntungkan Nokia dan Microsoft dimana aplikasi berdasarkan kepada teknologi ini mungkin boleh dibangunkan menandingi Facetime.

Satu yang pasti, barisan telefon Nokia yang bakal dikeluarkan perlukan pemproses lebih berkuasa untuk menampung keperluan Windows Mobile 7.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version