Kahwin dengan Laptop?

Pelik, pelik manusia ni. Kalau lelaki obses dengan kereta, ada pula pompuan yang obses dengan laptop. Tambah tu pula nak kawen dengan laptop.

LONDON: Seorang gadis cantik menimbul kekecohan di Internet apabila mengumumkan ingin mengahwini komputer ribanya.
Hermione Way, 24, dari London membuat kenyataan jatuh cinta dengan komputer ribanya, MacBook Pro 17 inci di YouTube, Alex.
Rakaman video itu dilihat seluruh dunia dan hingga kini 30,000 menonton video itu sejak seminggu lalu.
Hermione mengaku idea itu mungkin pelik tapi menegaskan, warga Britain perlu membenarkan perkahwinan dengan teknologi canggih jika mereka yang terbabit serius, sama dengan perkahwinan sejenis yang kini diiktiraf pihak berkuasa.
Rakaman pendek itu turut mendakwa Hermione dan ‘pasangannya’ berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan mereka 31 Januari dan tidak pernah berpisah sejak dua tahun lalu.

Ibu Hermione, Jane turut muncul di dalam video itu dan merestui hasrat anaknya itu.
“Kami tahu Hermione pasti gembira,” katanya.
Hermione memilih Alex kerana ia tidak hirau bagaimana rupanya.
“Kami habiskan setiap detik bersama. Yang pasti kami gembira bersama,” katanya. – Agensi

Sumber Metro, gambar: techeblog.com.

[youtube]D2ik4r-58d8[/youtube]

Agak-agak ada tak orang kat sini nak kahwin dengan laptop.

16 thoughts on “Kahwin dengan Laptop?”

  1. rugi betoi pompuan ni… ish ish ish… aku ade 3 lagi kouta.
    hahaha… pening la dengan dunia. hadoi ai~
    .-= Kreuger´s last blog ..ISU: Aduka Taruna � Dimana silap kita sebagai penulis =-.

  2. macam-macam keinginan pelik la sekarang ni. Manusia sedang dalam peringkat evolusi ke? Evolusi perasaan?
    .-= izzat´s last blog ..Takziah Atas Kemangkatan Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail =-.

    1. Manusia dah gila. Dah tak dapat lagi bezakan yang mana betul yang mana salah. Perasaan dicurahkan kepada benda-benda pelik

  3. pergh sayang giler.. cun tu awek tu.. adeh…
    .-= topo´s last blog ..5 Kesilapan yang Perlu Dielakkan Semasa Menulis Komen =-.

  4. ala, mat saleh tu saje bikin gempak..last2, cari jantan jugak nak main..hehe
    .-= x-po´s last blog ..MULUT KORANG CAMNE? LASERKAH? =-.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version