Nampaknya iPhone 6 baru ada masalah. Masalah yang dimaksudkan adalah mudah bengkok apabila diletakkan dalam poket. Istilah yang digunakan adalah bendgate. Masa iPhone 4 diperkenalkan dahulu ianya juga ada masalah dengan signal yang dipanggil antennagate. Isu iPhone 4 menyebabkan Apple terpaksa memberikan casing bumper percuma kepada pengguna untuk mengatasi masalah itu. Walaubagaimanapun isu ini diselesaikan selepas Apple perkenal iPhone 4S.
Isu bendgate nampaknya hanya melibatkan iPhone 6 Plus. Ia adalah logik kerana telefon bimbit ini lebih besar dan lebih sukar dimasukkan dalam poket. Disebabkan besar ianya lebih mudah bengkok. Bagi iPhone 6 pula tidak mudah bengkok kerana kecil sedikit daripada 6 Plus.
Jadi sesiapa yang berkira-kira nak beli iphone 6 Plus kena fikir gak la nak beli dengan casing sekali, tapi rasanya agak tak sesuai letak dalam poket sebab handphone yang besar.
Iphone 6 Plus bendgate video
[youtube]znK652H6yQM[/youtube]
Perbandingan dengan iPhone 6, HTC One M8, Moto X.
[youtube]IROcoJeVfSI[/youtube]