Gambar bocor Motorola Moto M

motorola_moto_mMotorola telah mengeluarkan beberapa model Moto berbeza setakat ini, termasuk Moto X, Moto G, Moto E, dan Moto Z. Kini ia kelihatan seperti keluarga Moto tidak lama lagi akan mendapat satu lagi ahli baru. Satu gambar bocor baru menunjukkan Moto M. Mengikut sumber, Moto M akan mempunyai paparan 5.5 inci 1080p, kamera belakang 16MP dan kamera depan 8MP serta pembaca cap jari dibahagian belakang, satu ciri standard bagi telefon pintar Android buat masa ini.

Moto M bakal dikuasakan oleh pemproses octa-core MediaTek Helio P15, 4GB RAM, storan 32GB beserta slot microSD. Ianya turut dilengkapkan dengan bateri 3050mAh serta menggunakan port USB Type-C.

Moto M bakal dilancarkan di China pada 8 November ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version