Selain itu, kempen pemasaran Exora juga memenangi Gold Dragon sempena Anugerah Promosi Pemasaran Terbaik di Asia (PMA) bagi 2009 dan anugerah Perak pada Malaysian Effectiveness Awards.
Timbalan Pengerusi McCann Worldgroup, Huang Ean Hwa, berkata Anugerah AME adalah pengiktirafan untuk industri pengiklanan.
“Menerusi anugerah itu, penilaian akan dijalankan berdasarkan hasil kerja strategik, kesan dan yang dapat menghasilkan keputusan ketara,†katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan, baru-baru ini.
Keberkesanan iklan pelancaran Proton Exora oleh agensi pengiklanan McCann Erickson Malaysia turut memberi instrumen hebat penciptaan pasaran terbaik untuk produk berkenaan, lebih-lebih lagi ketika pasaran automotif sedang pulih daripada kesan krisis ekonomi global.
Malah, pertama kali dalam tempoh 16 tahun, Anugerah AME dinilai juri tempatan yang mempunyai latar belakang kebudayaan dan ekonomi di daerah masing-masing serta pengetahuan mendalam bagi setiap pasaran.
Bagaimanapun, kempen Proton Exora diperluaskan melalui media cetak, televisyen, radio, pengiklanan dalam talian, acara, testimoni pelanggan dan siaran langsung di seluruh negara.
Sementara itu, pemenang bagi Anugerah AME akan diumumkan pada 21 April ini dan tiga syarikat Malaysia turut tersenarai dalam kategori Pemasaran Bersepadu iaitu Canon, Pantene dan Polident.
Sumber Metro.
Harga pun merupakan 1 faktor kejayaan Exora 😀