Kata orang, besar periuk besar juga keraknya. Orang yang berduit dah pasti belanjanya juga besar. Rumahnya juga besar. Keretanya banyak. Duit banyak. Melancong ke luar negara bila bercuti. Dan macam-macam lagi perkara yang terlintas dalam kepala mahu dicuba. Orang miskin hanyalah boleh mimpi jadi macam itu.
Tapi yang hakiki duit banyak tak semestinya senang. Lihat di sekeliling kita, apa yang kita lihat kadangkala hanyalah luaran. Tapi dalamannya hanya orang tersebut yang mengetahui. Orang yang diuji dengan harta ada yang bersyukur dan tidak kurang juga yang kufur.
Harta cuma ujian kalau kita sedar. Cuba lihat sekeliling. Lihat kawan-kawan, lihat orang sekeliling kita yang banya duit. Lihat cara mereka belanja. Kadang kala kita cemburu. Itu yang kita nampak. Tapi kadang kala hakikatnya boleh jadi bukan begitu. Sesetengah orang yang banyak duit bukanlah kaya yang hakiki. Mereka masih lagi berhutang utnuk membeli rumah, masih lagi berhutang untuk kereta. Belum tentu juga mereka sudah melunaskan hutang-hutang yang lain. Nampak banyak duit hanyalah untuk mengekalkan kedudukan sekarang(status).
Jadi jangan risau kalau tidak kaya. Sederhana lebih baik.