Setelah Casio mengeluarkan Casio Exilim EX-FC150, Casio juga telah mengumumkan akan mengeluarkan lagi kamera baru pada penghujung bulan ini iaitu Casio Exilim EX-FH25 superzoom yang mempunyai 20x zoom optikal. Kamera ini mempunyai pengesan 10MP CMOS dengan 3 inci LCD dengan ISO antara 100-3200. Kamera ini mampu mengambil gambar pada kadar 40 bingkai sesaat dalam mod berturutan(burst) pada resolusi 3456×2592 atau 1000 bingkai sesaat dalam mod berturutan pada resolusi 224×168. Casio bakal mengeluarkan kamera Casio Exilim EX-FH25 superzoom pada 27 November 2009 di Jepun dengan harga sekitar $558.