Apa guna UNLIMITED kalau bandwidth limit

Nampak gayanya ISP U Mobile broadband yang aku pakai dah dah kuat kuasakan ‘Fair Usage Policy’ dimana setiap user hanya diberikan bandwidth sebanyak 5GB sahaja sebulan.

1.8 For our Broadband Service, your total usage per month shall NOT exceed 5GB of data volume transmitted (total upload and download usage). This is to ensure that no subscriber can congest the bandwidth at all times.

Masa aku call hari tu, benda ni baru dikuatkuasakan sejak 19 November. Aku tak tau sebab apa. Aku rasa ianya disebabkan oleh TM juga buat benda yang sama kot.� Ada orang kata U mobile guna Celcom punya line, sebab tu la ada limit macam ni. Celcom tu kan bawah TM juga.

Bagi aku 5GB tu mana cukup. Nak download ISO DVD linux pun dah berapa GB. Tak sampai sebulan confirm habis. Apa yang tak bestnye apabila di’capped’ speed jadi 128Kbps je. Alahai slow giler nak mampos. Buka 2 tab pun merangkak-rangkak.

ISP kat Malaysia ni memang macam nak cekik darah.

6 thoughts on “Apa guna UNLIMITED kalau bandwidth limit”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Exit mobile version