xiaomi-redmi-4Selepas Xiaomi  memperkenalkan Mi Note 2 dan Mi Mix pada bulan lepas, pihak Xiaomi hari ini perkenal 3 model baru iaitu Redmi 4A, Redmi 4, dan Redmi Prime. Model Redmi adalah model yang mensasarkan peringkat pertengahan dan bawahan dengan harga lebih rendah dan berpatutan.

Redmi 4A adalah yang paling murah berbanding 2 model yang lain tetapi masih mempunya badan logam. Ianya mempunyai resolusi 720p dengan skrin 5 inci dikuasakan oleh chipset Snapdragon 425, pemproses quad-core Cortex-A53, GPU Adreno 308 dan kapasiti RAM 2GB. Kamera utama adalah 13MP disertakan dengan flash tunggal. Kamera depan pula adalah 5MP. Tiada pengimbas cap jari pada model ini.

Ianya mempunyai ruang simpanan 16GB serta slot dwi-SIM hibrid jika perlukan storan tambahan. Harga dijual pada 499 Yuan dan bakal kepasaran pada 11 November.

Xiaomi Redmi 4

Sama seperti Redmi 4A,  ianya turut dilengkapkan dengan skrin 720p 5 inci tetapi dikuasakan oleh Snapdragon 430 dengan pemproses octa-core Cortex-A53 1.4GHz, GPU Adreno 505 dan disertakan dengan 2GB RAM. Kamera utama adalah 13MP turut menyokong fasa pengesanan fokus auto dengan dual LED flash. Kamera depan juga 5MP.

Ianya turut didatangkan dengan pengimbas cap jari. Harga yang dicadangkan adalah 699 Yuan dan bakal kepasaran 7 November.

Xiaomi Redmi Prime

Sama seperti 2 model lain tetapi ianya bermula dengan storan 32GB dengan memori 3GB. Ianya turut dilengkapi resolusi 1080p 5 inci dan dikuasakan cipset Snapdragon 625, dengan pemproses octa-core Cortex-A53 2.0GHz dan Adreno 506 GPU.

Ciri lain sama seperti Redmi 4 dan boleh didapati pada harga 899 Yuan 7 Disember ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.