mi_mixSelepas memperkenalkan Mi Note 2 pada acara hari ini, Xiaomi perkenalkan pula satu lagi flagship phone iaitu Mi MIX.  Apa yang menarik pada telefon pintar ini adalah ciri hampir tiada bingkai(frameless). Dengan ukuran skrin 6.4 inci hanya bahagian bawah mempunyai bingkai.

Antara ciri yang diketahui adalah badan dibuat dari seramik serta kamera belakang 16MP.  Tahap kekerasan adalah 8 MoHs. Untuk rujukan tahap kekerasan berlian adalah 10 MoHs.

Mi MIX dikuasakan oleh Snapdragon 821, 4GB LPPDDR4 dengan storan 128GB. Kapasiti bateri adalah 4400mAh dengan sokongan pengecasan pantas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.