Takut hendak mamasang Linux kerana terlampau teknikal? Jangan risau. Komuniti Linux sentiasa mencari kaedah mudah bagi pengguna baru menggunakan Linux tanpa memikirkan perkara teknikal seperti bagaimana hendak membuat partition dan sebagainya. Ubuntu adalah satu distribution Linux yang paling senang dipasang bagi pengguna baru. Tetapi ada satu lagi program yang memudahkan Ubuntu dipasang iaitu Wubi. Wubi adalah installer Ubuntu daripada Windows.

Download installer dari http://wubi-installer.org/ dan masukkan password akaun baru kemudian klik “install”. Fail pemasangan adalah sebanyak 700Mb selepas itu komputer akan restart. Pilih Ubuntu pada boot menu dan kemudian pemasangan akan disambung selama 10-15 minit. Yang menariknya adalah boot menu adalah ditambah kepada windows boot manager.

Jika tidak suka, anda boleh membuangnya melalui add and remove program dalam Windows. Semudah itu sahaja.  Ubuntu adalah mudah. Wubi menjadikan ubuntu lebih mudah lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.