Lama dah tak update blog. Kalau dulu rajin jugak. Since sekarang ni lebih sibuk berbanding dulu, masa tak berapa nak ada untuk tulis blog. Pelawat pun dah berkurangan dek kerana takde kandungan sangat. Ade lagi ke yang masih aktif berblog dengan sekarang ni lebih banyak kandungan dalam Facebook dan media sosial yang lain. Berbalik pada wishlist gajet, kalau diikutkan banyak juga senarai wishlit yang telah aku buat semejak dari blog ni ditulis. Kalau ikutkan nama domain ni dah ada sejak tahun 2006 iaitu semejak dari aku mula-mula kerja kat company sekarang ni. Sekarang dah 2018. Dah 12 tahun kot.

Macbook Air baru
Macbook Air baru

 

Ada wishlist aku yang dah tercapai dan ada yang tidak. Kalau diselusuri ada beberapa wishlist yang aku buat. Wishlist aku buat mostly gajet macam handphone dan laptop. Tahun 2009 punya wishlist aku nak beli Nokia 5800 XpressMusic, Blackberry Bold 9000, ataupun iPhone 3G. Nampaknya aku berjaya beli Nokia 5800. Walaupun ada banyak komen negatif handphone ni tapi aku puas hati pakai.

Wishlist tahun 2010 pun sama nak handphone. Tapi tak beli pun dalam whislist. Wishlist tahun 2010 aku nak HTC Droid Eris tapi tak dapat pun.

Tahun 2012 ada banyak whislist contohnya nak beli iPad, nak tukar laptop Core 2 Duo ni(hihi laptop tak tukar pun – masih baik dan menendang lepas tukar kepada SSD), nak beli Casio Edifice, nak pakai iPhone. Rasanya pakai iPhone tu dah tercapai dengan beli iPhone 4s. Sekarang dah pun tukar kepada 6s.

Macam mana pulak dengan tahun ni. Rasanya wishlist tahun depan nak pakai Macbook Air.

*Wishlist nak dapatkan Macbook Air dah tercapai….. Yeeeea….

 

One thought on “Wishlist gajet 2019”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.