whatsapp_video_callCiri yang paling diminta oleh ramai orang pada applikasi WhatsApp adalah panggilan video. Perkhidmatan milik Facebook ini bukanlah yang pertama menawarkan fungsi panggilan suara dan bukanlah yang pertama menawarkan panggilan video, tapi kini setelah melalui peringkat beta, kemudian ditarik balik, dan dimasukkan semula akhirnya fungsi panggilan video diumumkan secara rasmi.

Lebih dari satu billion pengguna Whatsapp pada Android, iOS dan Windows akan mendapat keupayaan untuk melibatkan diri dalam panggilan video dengan kenalan mereka. Pengumuman ini walaupun ringkas tetapi dinanti-nantikan. Tiada maklumat tambahan telah diterbitkan, jadi ia tidak jelas jika ada aplikasi versi baru yang diperlukan untuk membuat panggilan video atau jika secara ajaibnya bebutang panggilan video muncul pada applikasi WhatsApps selepas dikemaskini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.