Pernah anda buka tetingkap banyak-banyak dan jadikan destop anda begitu berselerak? Anda inginkan supaya semua tetingkap dimuatkan dalam satu aplikasi supaya mudah diuruskan?

Gunalah WinTabber. Perisian ini mampu mengumpul kesemua jenis tetingkap dan dimuatkan dalam perisiannya semudah seperti tab yang terdapat dalam Firefox.

Kenapa diperlukan? Bagi pengguna komputer biasa mungkin tak berapa perlukan, tapi bagi seorang JAGA seperti saya, ianya sesuai kerana boleh mengumpulkan tetingkap Putty dalam satu tempat. Bayangkan ada banyak server yang hendak dilihat, amatlah menyemakkan taskbar.

wintabber
WinTabber sedang beraksi dengan putty

Perisian ini boleh didapati pada 2 versi, versi percuma dan shareware. Versi percuma cuma boleh menyokong 4 tab sahaja. Dapatkan perisian ini disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.