Terdapat ura-ura bahawa Apple bakal memperkenalkan MacBook Pro dengan pemproses Core i7. Ini adalah berdasarkan kepada keputusan GeekBench yang berlegar-legar di internet ketika ini. Sama ada benar atau tidak, tidak dapat diketahui lagi.

Tapi jika berdasarkan kepada keputusan tersebut, versi Macbook adalah Macbook Pro 6.1 dengan Intel Core i7(dual core bukan quad) berkuasa 2.66Ghz. Yang pelik adalah kelajuan FSB 4.8Ghz tetapi dengan keputusan GeekBench 5260.

Laptop ini juga dikuasakan dengan Snow Leopard jikapun betul dengan release build 10C3067 walaupun ianya tidak disahkan atau mungkin saja salah satu dari hackintosh, atau boleh jadi juga hanyalah sekadar jenaka.

Jika ianya betul, dengan spesifikasi seperti ini, harganya mungkin boleh membuatkan poket anda terbakar. Ada berani?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.